Nurul Izzah akui ini sebabnya PKR ‘tak yakin’ perlunya pilihanraya mengejut Pulau Pinang...

Selidik punya selidik ramai pemerhati politik yang rasa ini antara sebab cukup kuat mengapa PKR cukup liat nak terima cadangan DAP adakan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang.

Cuma sebelum ini tiada siapa dikalangan pemimpin PKR yang mahu akui ini sebab kebimbangan mereka untuk berdepan pilihanraya itu.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang diasak oleh wartawan ketika ditemui di Kuala Lumpur pagi Khamis sekurang-kurangnya menjawab tanda tanya itu.

Ditanya kenapa PKR masih tidak terima cadangan DAP itu,Ahli Parlimen Lembah Pantai mengakui ada risiko yang mereka akan berdepan.

Risikonya…UMNO akan menang dalam pertandingan tiga penjuru.

“Dengan kemungkinan tiga penjuru, secara teorinya, tiada siapa yang akan menang kecuali UMNO,” kata Nurul Izzah.

Beliau menyebut apa yang berlaku masa pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

Dalam dua pilihanraya kecil berkenaan BN menang besar.

PKR kini ada 10 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang.DAP 19 manakala PAS 1 dan UMNO 10.

JIka dilihat balik keputusan pilihanraya umum ke 13 sebahagian kerusi yang dimenanginya khususnya di Seberang Perai nyata atas sokongan penyokong PAS.

Kini tanpa PAS dalam Pakatan Harapan siapa yang boleh jamin PKR akan dapat undi yang sama.

Lagipun bukan rahsia bahawa sebelum ini PKR banyak bergantung pada jentera PAS dalam kempen dan gerak kerjanya.

Dalam pada itu Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah kata PAS akan letak calon jika pilihanraya mengejut diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana