Motif pilihanraya mengejut Pulau Pinang DAP…makin terdedah

Bijak…memang bijak.Jika mengikut alasan yang sedang ‘dijual’ sakan oleh Lim Guan Eng dan DAP cadangan pilihanraya mengejut negeri Pulau Pinang kononya untuk ‘Selamatkan Malaysia’ dari BN.

Inilah seni dan silap mata berpolitik.

Sebaliknya cuba renungkan pada ‘teori’ terbaru ini mengapa mereka terkinja-kinja hendak adakan pilihanraya mengejut itu dengan segera.

Memalukan…bandingkan alasan hebat yang cuba mereka diberikan untuk gelapkan mata orangramai dan apa yang didakwa sebab dan muslihat sebenar mereka nak adakan pilihanraya itu.

Maka tidak hairanlah mengapa PKR dan sesetengah geng penyokong Pakatan sendiri tetap ‘ tidak yakin’ pada perlunya pilihanraya itu diadakan.

Ini satu pekong yang sukar ditutup.

Selain PKR bimbang mereka akan hilang kerusi jika berlaku pertandingan tiga penjuru BN-Pakatan-PAS nampak sangat tujuan pilihanraya itu adalah untuk ‘sambung nyawa’  Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP.

Guan Eng kini juga sibuk jual sentimen konon beliau pasti akan masuk penjara kerana kes rasuah dan salahgunakuasa yang akan dibicarakan tidak lama lagi.

Malah ikut para pemerhati kemungkinan itu memang ada… mengenangkan kes beliau hampir sama dengan bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo yang kena penjara setahun.

Jika betul beliau akan kena hukum penjara maka dari segi peraturan hayat jawatan Ketua Menteri hanya tinggal sehingga pilihanraya umum akan datang yakni yang perlu diadakan dalam tempoh dua tahun ini.

Dari segi peraturan jika didapati bersalah beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya umum ke 14 sekalipun ia dalam tempoh rayuan untuk hukuman kesnya.

Namun jika pilihanraya mengejut negeri Pulau Pinang diadakan…dan jika menang semula…maka hayat jawatan Ketua Menteri ada lima tahun lagi…sehingga pilihanraya negeri akan datang lima tahun lagi sekalipun menunggu proses rayuan hukuman.

Bayangkan dari hayat jawatan tinggal hanya dua tahun…akan jadi lima tahun kalau pilihanraya mengejut negeri diadakan.

( Jika pilihanraya mengejut negeri diadakan dalam masa terdekat…maka Pulau Pinang tidak wajib adakan pilihanraya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) masa pilihanraya umum ke 14 nanti.Ia Cuma perlu ikut adakan pilihanraya peringkat kawasan Parlimen sahaja.Kuasa membubarkan DUN adalah kuasa kerajaan negeri  dan sebaliknya kuasa bubar kawasan Parlimen ialah kuasa kerajaan Pusat.Contohnya Serawak adakan pilihanraya negeri yang berasingan dengan negeri-negeri lain).

Jadi dimana faktor nak ‘ Selamatkan Malaysia’ di sini? Apa yang jelas cuma nak ‘sambung nyawa’ jawatan Ketua Menteri.Tak gitu.

Dengar cerita…ramai yang tengah ketawa berguling-guling gelihati...bila tersedar pada teori yang mendedahkan ' lawak' DAP ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana