MAHATHIR PERGI JAKARTA DAN FITNAH NEGARA KITA...TERDESAK SANGAT LAH TU

Tun Mahathir Mohamad sudah jelas hilang akal apabila membuat kenyataan kepada media Indonesia bahawa beliau rakan-rakan dan keluarga beliau diganggu dan diasak (harras) kerana mengkritik Pentadbiran Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

“Buat masa ini, saya sedang diasak. Banyak perkara sedang dilakukan untuk menjadikan hidup saya, keluarga dan rakan-rakan tidak selesa.

“Semua jenis perkara dilakukan dalam usaha untuk menghalang saya daripada berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan imej Najib,” kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar di Jakarta, Indonesia hari ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times, Singapura. (terjemahan Malaysiakini.com).

Mahathir patut jelaskan beliau diasak dari segi apa dan apa alasan beliau mendakwa berlakunya perbuatan sedemikian. Sehingga kini belum ada Polis yang menjentik hidung Mahathir, Marina, Mukhriz, Mirzan, Mokhzani, atau meletak belantan kepada Khairuddin Abu Hassan, Mathias Chang atau Anina Saaduddin.

Anak beliau Mirzan dan Mokhzani masih merupakan bilionair di Malaysia. Mukhriz masih lagi seorang jutawan mewah di Malaysia. Marina Mahathir pula merupakan anak sulung yang sekadar menulis kolum dalam akhbar The Star tapi berbelanja sebagai kelompok elit di bandaraya Kuala Lumpur.

Justeru jika Mahathir mahu mendakwa beliau diasak atau diganggu oleh Kerajaan, beliau harus menyatakan secara spesifik apa bentuk gangguan dan asakannya. Seingat kita belum ada seorang pun penyokong beliau menerima nasib seperti mana beliau buat kepada penyokong Anwar Ibrahim pada 1998 dan 1999.

Mahathir hari ini memfitnah Malaysia seolah-olah tidak membenarkan beliau bercakap. Sedangkan semasa di Malaysia hari-hari Mahathir bercakap sampai kadang-kadang beliau lupa apa yang beliau cakapkan sebelum ini.

Mahathir tentu tidak boleh menerangkan kerana asakan dan gangguan yang beliau dakwa ialah dalam bentuk kroni-kroni dan anak-anaknya tidak lagi mendapat layanan istimewa dari kerajaan.

Orang kuat beliau Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang didakwa melalui sistem perundangan Malaysia dan masih bebas ke sana ke mari membuat kenyataan. Khairuddin sebaik sahaja menjadi orang kuat Mahathir telah bebas muflis apabila menyelesaikan jutaan ringgit hutangnya.

Penulis upahan Mahathir seperti bekas editor NST, Firdaus Abdullah, kini hidup senang lenang mampu membeli kereta baru dengan sekadar menulis blog.

Pembantu peribadi Mahathir pula mampu memiliki rumah baru yang berharga jutaan ringgit. Seorang lagi penyokong kuat beliau, Anina Saadudin mampu meletak jawatan sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara tetapi masih hidup mewah.

Sedang Perdana Menteri Mohd Najib Razak diserang setiap hari oleh kumpulan Tun Mahathir. Perjalanan isteri Perdana Menteri, perniagaan anak-anak Perdana Menteri termasuk anak tirinya pun dipersoalkan.

Jadi sebenarnya siapa yang “mencabul” siapa?

Dulu Mahathir bermati-matian menggelarkan penyokong Anwar Ibrahim yang membuat kenyataan kepada media asing, mempertikaikan keputusan-keputusan Mahathir termasuk mengarahkan Petronas selamatkan syarikat Mirzan dan pemecatan Anwar ibrahim, sebagai pengkhianat negara.

Hari ini, jika ikut definisi Mahathir, maka beliau adalah pengkhianat negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana