Khalid Ibrahim desak Selangor dedah laporan tukar status tanah Paya Indah Wetlands

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendesak kerajaan negeri Selangor mendedahkan laporan berkaitan keputusannya membenarkan permohonan mengubah status tanah Paya Indah Wetlands daripada 'zon pertanian' kepada 'zon pembangunan'.

Ujarnya, semua rakyat negeri itu terutama penduduk di sekitar Lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat, berhak mendapat penjelasan terperinci mengenai pelan pembangunan yang dirancang kerajaan negeri.

Khalid berkata demikian mengulas pendedahan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhubung dakwaan penukaran tanah Paya Indah walaupun kawasan itu digazetkan sebagai hutan simpan warisan dunia keenam di negara ini dan juga kawasan tadahan air utama Selangor.

"Orang awam juga berhak mendapat akses kepada semua laporan dalam apa jua bentuk terutama laporan penilaian impak sosial dan alam sekitar tanpa sebarang sekatan.

"Akses awam penuh kepada semua laporan dan pelan pembangunan ini penting memandangkan kawasan terbabit bukan sahaja telah digazetkan sebagai hutan simpan warisan dunia malah ianya juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air utama bagi negeri Selangor," ujar Khalid dalam kenyataan mediannya, petang tadi.

Menurut Khalid, semasa menjawat jawatan yang kini disandang Datuk Seri Azmin Ali, beliau sudahpun menolak permohonan pemaju untuk menukar status tanah berkenaan berikutan ia berisiko tinggi untuk dibangunkan.

"Pembangunan luar kawalan di kawasan ini berisiko tinggi kerana jika berlaku sebarang bencana, kita bakal berhadapan dengan implikasi alam sekitar buruk yang besar terutama banjir dan pencemaran sumber air.

"Hasil penelitian pelbagai unjuran risiko semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar, saya yakin kata putus yang saya ambil untuk menolak permohonan penukaran status ini amat wajar, tanpa mengendahkan tekanan atau cubaan mempengaruhi keputusan oleh ramai pelobi korporat dan politik," ujarnya.

Khalid dalam pada itu turut menegur Azmin agar lebih berhati-hati dalam menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan dalam mana-mana urusan pentadbiran kerana ia akan memberikan kesan kepada kredibilitinya sebagai menteri besar.

"Rakyat maklum bahawa "pen sakti" yang dipegang oleh YAB Menteri Besar mempunyai kuasa besar untuk menandatangani mana-mana permohonan dan urusan berkaitan tanah.

"Namun, kuasa ini harus digunakan dengan penuh berhemah, telus dan bertanggungjawab serta berdasarkan adab dan tata kelola pentadbiran yang baik.

"Dalam hal ini, saya menyeru agar Datuk Menteri Besar bersikap matang dan mengenepikan politiking keterlaluan kerana rakyat bukanlah pengemis tetapi pemberi mandat kepada wakil rakyat untuk memastikan aset negeri yang hakikatnya hak rakyat diurus sebaik mungkin," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana