Ketua Polis Negara minta senarai ' gangguan' terhadap Dr Mahathir...

Nak ambil kira bab ‘perang’  di pentas ceramah dan media sosial ia perkara biasa dalam senario politik sekarang.

Sini ‘tembak’ sana..sana ‘tembak’ sini.

Malah semasa zaman reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu Tun Dr Mahathir Mohamad kena lanyak cukup sakan oleh puak pembangkang dan sewaktu dengannya.

Tentu semua ingat gelaran paling top terhadapnya waktu itu ialah ‘Mahafiraun’ dan ‘ Mahazalim’.

Juga demonstrasi segala macam tak habis-habis di serata pelusuk negara.

Jadi apa sangat ‘ gangguan’ yang didakwa oleh bekas Perdana Menteri  sekarang hingga menggangu kehidupan keluarga dan sahabat handainya sekarang?

Ini dakwanya untuk menutup mulutnya dari mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasal 1MDB

Antaranya yang beliau sebut masa sidang akhbar di Jakarta baru-baru ini dan dilapor oleh akhbar The Straits Times Singapura ialah konon pihak Jabatan Hasil Dalam Negeri  ‘melawat’ keluarga dan sahabat handainya.

Sebelum ini paling tidak Dr Mahathir menerima kunjung polis untuk dapatkan keterangan beliau.

Itupun kerana beliau membuat tuduhan terbuka yang berbau hasutan dan sebagainya.

Bukan Dr Mahathir saja…siapa saja yang membuat kenyataan atau tindak tanduk yang dirasai salah diambil keterangan polis.

Bayangkan semasa kempen pilihanraya kecil Kuala Kangsar misalnya beliau membuat dakwaan tidak masuk akal langsung gelar Najib sebagai  ‘Idi Amin Malaysia’.

Malaysia bukan police state macam disesetengah negara dimana polis dan tentera berkawal sekat sana sini.

Semua orang bebas ke mana saja.Lihat sekeliling suasananya terus aman damai dari dulu sampai sekarang.

Apa lagi…apakah soal pembiayaan kecil kerajaan pada Yayasan Kepimpinan Perdana yang ditarik balik boleh dikira satu ‘gangguan’.

Juga pasal jawatan Pengerusi Petronas dan Proton.

Ada sesiapa ingat semasa Anwar menentang dan mempertikai beliau dulu,bekas Timbalan Perdana Menteri itu terus dilayan istimewa dan pegang macam-macam jawatan dalam kerajaan?

Hakikatnya beliau sudah seberang jambatan dan kini duduk dengan pembangkang dan kaki hentam kerajaan serta mahu kerajaan BN tersungkur kalah.

Secara keseluruhan apakah Dr Mahathir tidak bebas bergerak sana sini,adakan ceramah,sidang akhbar segala macam.

Bukankah beliau boleh terus bercakap… dan bercakap serta menuduh apa saja termasuk minta negara luar malukan Perdana Menteri kerana isu 1MDB.

Semua orang tahu anak-anak beliau berniaga besar dan kaya raya.

Atas sebab itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditanya mengenai dakwaan ‘ gangguan’ itu pada sidang akhbar selepas satu majlis Selasa meminta  wartawan bertanya balik pada Dr Mahathir apa jenis ‘ gangguan’ dihadapinya.

Selepas dapat senarai ' gangguan' itu beliau minta mereka datang serah padanya.

Kata Khalid beliau tidak sedar langsung ada ‘gangguan’ seperti didakwa oleh Dr Mahathir  itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana