Gara-gara PKR…Hajat DAP nak buat pilihanraya mengejut Pulau Pinang masih sangkut

Lim Guan Eng tentu sekali kecewa.Hajatnya dan DAP hendak adakan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang masih sangkut.

Ini gara-gara PKR terus ‘ keberatan’ untuk sokong cadangan itu sekalipun Parti Amanah Negara (PAN) sudah ikut telunjuknya beri lampu hijau.

Mesyuarat pimpinan PKR di ibupejabat parti itu Selasa malam diadakan khusus untuk bincang dengan panjang lebar cadangan DAP itu.

Kalangan wartawan menunggu di luar ibupejabat itu dari jam 8.30 malam hingga hampir 11.30 malam.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang muncul memberitahu pimpinan PKR MASIH BELUM DIYAKINKAN dengan keperluan pilihanraya mengejut itu.

Katanya mereka telah berbincang apa rasional perlunya pilihanraya mengejut itu serta pandangan beberapa pihak mengenainya.

“Mesyuarat telah memutuskan sebulat suara Keadilan masih belum diyakinkan dengan cadangan tersebut,”katanya.

Namun katanya atas semangat setiakawan PKR sedia meneruskan perbincangan mengenainya.

Wan Azizah kata PKR akan hantar delegasi peringkat tertinggi parti untuk menjelaskan pendiriannya itu kepada DAP.

Para pemerhati menilai keputusan PKR ini menepati dugaan ramai pihak bahawa parti itu cukup gabra dan kurang yakin untuk menghadapi pilihanraya mengejut negeri tanpa PAS seperti masa lampau.

Ini berbeza dengan DAP yang dikatakan bertekad hendak gunakan pentas pilihanraya itu untuk ‘cover line‘ kes mahkamah Guan Eng.

Lagipun ia cukup yakin dengan sokongan pengundi Cina di negeri itu.

PAN pula dikatakan ikut saja kehendak DAP dan merasa tidak rugi apa-apa kerana ia parti baru.

PKR kini ada 10 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang manakala DAP 19,PAS 1 dan UMNO 10.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana