Ehhhh...ELehhh....Amanah beri amaran PAS jangan cuba pecahkan PH


SHAH ALAM: Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa memberi amaran bahawa parti itu akan menentang sebarang usaha mana-mana pihak, termasuk PAS, yang cuba mahu memecahkan Pakatan Harapan.

Mujahid berkata kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dalam sebuah akhbar Cina menunjukkan beliau cuba 'menganggu' urusan pakatan berkenaan.

Ujarnya, adalah lebih baik jika pemimpin PAS itu memberi tumpuan untuk mengenalpasti musuh sebenar dan tidak bertindak melagakan Amanah dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Mujahid merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim yang dilaporkan sebuah akhbar Cina, bahawa PAS akan mempunyai 'kerjasama bersyarat' dengan PKR sekiranya PRN mengejut diadakan di Pulau Pinang.

Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu Sin Chew Daily bahawa parti itu merancang untuk bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi.

Selain enam kerusi tersebut, akhbar itu melaporkan PAS bercadang bertanding di dua atau tiga kerusi yang parti itu pinjamkan kepada PKR.

Beliau juga dipetik sebagai berkata PAS tidak akan 'mengganggu' dan mewujudkan pertandingan tiga penjuru sekiranya Amanah tidak melakukan perkara yang sama.

"Jika Amanah bertanding di kerusi PAS, kita akan bertanding di kerusi DAP dan PKR," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

PAS kini hanya menjalinkan hubungan kerjasama dengan PKR, selepas Pakatan Rakyat yang sebelum ini turut dianggotai DAP, terkubur.

Parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu kini membentuk blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana