Bila Azmin Mahu Siapkan Pintu Gerbang Darul Ehsan?

Jika diikutkan perancangannya, menjelang hujung tahun ini, Pintu Gerbang Darul Ehsan yang sedang dalam proses baik pulih akan disiapkan sepenuhnya. Itulah yang diumukan oleh Datuk Seri Azmin Ali sewaktu mengumumkan projek menaik taraf pintu gerbang yang menelan belanja hampir RM 10 juta pada penghujung tahun lalu.

Bukan sedikit kontroversi yang timbul akibat daripada pembinaan ini. Tanyalah sesiapa sahaja, kecuali mereka yang sememangnya totok kepada Azmin, mereka pasti menganggap, kos naik taraf pintu gerbang ini sememangnya cukup tinggi dan melampau. Manakan tidak, dengan hanya proses mengecat dan membaik pulih beberapa struktur pembinaannya, ianya menelan belanja sebanyak itu.

Walaupun ramai pihak menuntut untuk Azmin menerangkan kenapa kos ini dikenakan terhadap pintu gerbang ini, namun sehingga kini Azmin dilaporkan enggan menjawabnya. Malah, syarikat yang dilantik untuk menjalankan proses naik taraf ini juga langsung tidak pernah diumumkan secara terbuka.

Paling mencuri perhatian adalah, proses naik taraf ini bukan sahaja dilihat tidak kena pada masa dan kosnya, malah, ianya juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sekitar projek berkenaan di Lebuh Raya Persekutuan. Umum mengetahui bahawa Lebuhraya Persekutuan ini antara laluan paling sibuk setiap kali tiba waktu puncak dan projek ini nyata telah memburukkan lagi keadaan.

Hari ini, ketika meninjau sendiri projek naik taraf Pintu Gerbang Darul Ehsan ini, langsung tiada pekerja yang bertugas bagi meneruskan apa yang telah dibuat disana. Keadaannya cukup menimbulkan tandatanya, apakah yang sudah berlaku terhadap projek ini?

Lebih menarik, setelah beberapa bulan projek ini berjalan, selain daripada memasang jaring keselamatan di sekitar puntu gerbang berkenaan, tiada sebarang hasil kerja dapat dilihat. Malah keadaan masih kekal seperti sebelum ini dan pastinya umum tertanya-tanya, dimanakah wang yang berjumlah RM 10 juta yang diperuntukkan untuk pintu gerbang ini disalurkan?

Andai benar projek ini sedang berjalan, kenapa ketika tinjauan dilakukan, usahkan sedang membetulkan apa yang telah rosak, kesan cat yang kononnya sedang dijalankan pun tidak dapat dilihat. Sehingga bila Azmin mahu membiarkan projek ini terbiar? Adakah Azmin berharap, kerajaan akan mengambil alih tugas menaik taraf pintu gerbang ini dengan alasan, kerajaan negeri tidak mempunyai wang?

Azmin sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam hal ini. Jika sebelum ini beliau mendakwa, pintu gerbang berkenaan penting sebagai tarikan pelancong, adakah dengan keadaan terkini pintu gerbang ini, akan mampu menarik pelancong? Nampaknya, jika dinilai kepada keadaan hari ini, nyata impian Azmin hanya tinggal impian dan pintu gerbang berkenaan akan kekal terbiar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana