ADUN DAP bebas tuduhan sebut ‘UMNO celaka’ Kenapa Jadi Macam Tu?

Boleh BEBAS mahkamah Malaysia mengamalkan Demokrasi dan Mahkamah berlaku Adil dan Betul.Apa kata dikenakan Hukum dan Denda...APa plak Jawabnya....

Adun Seri Delima, RSN Rayer hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menyebut kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ibrahim Osman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir pendakwaan.

Ibrahim dalam penghakimannya berkata, perkataan ‘UMNO celaka’ yang disebut wakil rakyat DAP itu dalam persidangan DUN bukan satu kecenderungan menghasut.

“Mahkamah mendapati ucapan tertuduh tidak merujuk mana-mana kaum atau segolongan orang, malah secara jelas hanya merujuk kepada individu-individu secara spesifik, iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Shabudin Yahaya.

“UMNO adalah sebuah parti politik yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan sama seperti pertubuhan lain, seperti DAP, PAS, PKR dan lain-lain. Kenyataan terhadap sesebuah parti politik itu tidak boleh disifatkan sebagai perkataan kepada sesuatu kaum tertentu atau golongan yang tertentu.

“Mahkamah berpandangan kenyataan terhadap sesuatu kaum mestilah jelas ataupun tersurat, bukannya secara tersirat. Jika mahkamah ini menerima sesebuah parti politik sebagai khusus untuk kaum yang tertentu, perkara sedemikian sudah tentu akan memberi kesan negatif dan boleh membawa implikasi tidak sihat,” katanya.

Pada 27 Ogos 2014, Rayer mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut itu ketika sesi perbahasan dalam DUN Pulau Pinang pada jam 9.30 pagi 20 Mei 2014.

Wakil rakyat itu menghadapi pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim dan Farah Aimy Zainul Anwar, manakala Rayer diwakili barisan peguam diketuai Gobind Singh Deo.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana