Tokong Sudah MUlai Rasa Tergugat!!!! Kenyataan Mufti Pahang Terhadap DAP Keterlaluan - Guan Eng

GEORGE TOWN: Kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr AbdulRahman Osman yang mendakwa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima kerana DAP tidak pernah menentang Islam, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Perkataan yang begitu ganas ini tidak harus keluar daripada mulut seorang mufti yang kedudukan begitu tinggi dan mulia. Ini macam cakap bahawa minta bunuh orang, sama tahapnya," katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata jika parti itu menentang Islam, kerajaan DAP Pulau Pinang tentu tidak menyediakan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam, membina sekolah agama rakyat dan menderma tanah untuk membina kompleks mahkamah syariah.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini pada Ahad bagi mengulas kenyataan Mufti Pahang itu yang disiarkan Utusan Online pada Khamis lepas.

Abdul Rahman juga dilaporkan berkata hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar, manakala politik kebencian yang diamalkan DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Justeru, Lim mahu Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf. -Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana