Tiada kerjasama dengan UMNO - MB Kelantan.... Jadi Siapa Yang Bercakap BOHONG Mukriz?

PAS tiada sebarang kerjasama dengan UMNO mengenai penyerahan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada PAS pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata jika adapun kerjasama hanya yang membabitkan perkara kebajikan dan kebaikan kepada rakyat.

"Setakat ini tiada sebarang perjanjian, cuma kita (PAS) akan beri kerjasama kepada pekara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat. Itu dasar kita sejak dahulu lagi.

"Dalam perkara yang menimbulkan dosa dan perseteruan sebagainya, kita tidak ada sebarang kerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mendakwa wujud kerjasama politik antara UMNO dan PAS.

Ahad lepas, dalam satu majlis di ibu negara, Muhkriz mendakwa beliau mengesyaki terdapat perjanjian UMNO-PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata kemungkinan isu itu timbul disebabkan kecelaruan politik buat masa sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana