Seruan PM Kita Memang Terbaik.....Daripada mengkritik lebih baik beri cadangan - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, memang mudah untuk rakyat mengkritik kerajaan tetapi amat sukar untuk bagi mereka memberi cadangan dan alternatif yang lebih baik.

"Ini yang saya nak tegaskan kepada generasi muda masakini. Kita boleh kritik tetapi lebih baik kita bagi cadangan yang lebih efektif," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Felo Perdana 2016 kepada menteri-menteri kabinet di Putrajaya, Rabu.

Katanya mentadbir negara yang berbilang kaum dan budaya bukan satu tugas mudah tetapi kompleks.

"Ia kompleks dan tak semudah yang kita lihat dari luar. Bila kita lihat dari luar, mungkin mudah bagi kita untuk memberi pandangan atau mengkritik.

"Tetapi bila kita di dalam baharu kita faham rupa-rupanya untuk mentadbir negara berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa tidak semudah sepertimana kita melihat dari luar," katanya.

Katanya, dalam membuat keputusan, tidak ada pilihan mudah, malah sentiasa ada konflik.

"Sebagai contoh, kita ada pertimbangan yang selalunya ada konflik. Katalah kita nak naik harga minyak. Kita tahu ia tak popular dan orang akan marah.

"Tetapi kalau kita tak naik, kita kena keluarkan subsidi. Bila kita keluarkan subsidi orang tak sedar ia duit rakyat yang boleh digunakan untuk buat jalan kampung, projek perumahan dan pelbagai projek pembangunan.

"Soalnya, keputusan perlu dibuat. Inilah sebabnya program Felo Perdana amat berguna bagi belia memahami di sebalik sesuatu keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Katanya sejak 2013 seramai 236 pelajar universiti telah terlibat dalam program Felo Perdana yang mencerminkan hasrat kerajaan untuk membangunkan kepimpinan belia dan generasi muda hari ini supaya mereka dapat dilengkapi dengan pengetahuan dan pendedahan pada peringkat tertinggi dalam kerajaan.

"Ini peluang yang begitu tinggi nilainya. Ini peluang keemasan kerana kejayaan kita sebagai seorang insan di hari muka nanti tidak hanya bergantung kepada kelulusan akademik semata-mata. Tetapi kepada soal kepimpinan.

"Soal kepimpinan ini besar pengertiannya kerana ia melibatkan ketegasan dan kemampuan memahami sesuatu permasalahan yang kompleks selain soal hubungan kita dengan mereka yang lebih tinggi kedudukan.

"Sebab itu bila kita menyertai program Felo Perdana ini kita dapat tahu bahawa dalam soal mentadbir sebuah negara apatah negara pelbagai kaum dan budaya, bukan mudah," katanya.

Sehubungan itu Perdana Menteri menggesa bukan sahaja peserta felo, malah menteri-menteri kabinet yang mengambil mereka supaya sentiasa berusaha mencari nilai tambah.

Beliau mengingatkan menteri-menteri berkenaan supaya jangan memandang pelajar-pelajar felo sebagai menyusahkan.

" Pandang mereka sebagai sumber intelektual untuk kita membentuk pemikiran bagi memahami generasi muda," katanya.

Menurut Najib, program felo perdana tahun ini melibatkan 82 pelajar daripada 47 jurusan dari 52 buah universiti. Daripada jumlah itu 67 peratus adalah pelajar lelaki dan 33 peratus wanita. Manakala 56 peratus datang dari universiti luar negara dan 44 dari dalam negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana