Sandiwara ‘amoi-amoi cantik’ berbaju kurung ketika Ramadan: Ridhuan Tee

BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, ultra kiasu Kristian Evangelis hanya bersandiwara memakai baju kurung dan bertudung ketika masuk ke surau dan masjid untuk menyampaikan bantuan kepada umat Islam setiap kali Ramadan.

Sebaliknya, beliau mengajak orang ramai supaya mendekati hati budi ultra kiasu itu sama ada mereka benar-benar rela berpakaian sedemikian, khususnya setiap kali dewan bersidang.

“Jawabnya, tidak. Ultra kiasu lebih suka pakaian orang putih yang didakwa itu pakaian budaya mereka,” katanya yang turut menyatakan tindakannya menegur pakaian seksi dan singkat menimbulkan kemarahan pemimpin MCA.

Malangnya, beliau berkata, ada umat Islam yang mempertahankan ultra kiasu ini apabila mendapat bantuan RM2,000, kopi, teh dan susu, malah memuji mereka dengan kata-kata ‘cantiknya amoi-amoi ini’.

Ustaz Ridhuan Tee berkata, beliau terus dilabel sebagai pengkhianat bangsa hanya kerana bercakap benar mengenai kaumnya, selain dikatakan lebih Melayu daripada Melayu.

Dalam tulisannya yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini, beliau menyatakan bahawa walaupun, isterinya berbangsa Melayu, tetapi keturunan anaknya tetap ditulis sebagai Cina.

Beliau turut mengulangi tulisan sebelum ini mengenai seorang pemimpin wanita ultra kiasu Kristian Evangelis yang berkahwin dengan lelaki India dan sengaja membuat kecoh di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas mendapat anak.

“Setelah mendapat anak, pasangan ini pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi tujuan pendaftaran kelahiran. Peliknya dalam ruangan keturunan (bangsa) dia menulis ‘anak Malaysia’ iaitu bangsa yang tidak pernah wujud dalam kamus pendaftaran kelahiran JPN. Sudah tentu JPN menolak.

“Perkara ini sengaja dirancang supaya menjadi kecoh dan heboh, agar JPN dipersalahkan. Muslihatnya, bagi mengelakkan dia menulis keturunan India iaitu keturunan suaminya. JPN dikutuk dan dituduh tidak patriotik menolak keturunan anak Malaysia atas alasan kita semua anak Malaysia. Liciknya ultra kiasu ini mengkambinghitamkan JPN bagi melunaskan cita-cita jahatnya,” katanya.

Ustaz Ridhuan Tee berkata, sebagai orang Cina yang sangat berpegang teguh kepada budaya bangsa seperti ultra kiasu, dia sepatutnya menulis keturunan India mengikut nasab suaminya, tetapi ini tidak berlaku dan dia menyalahkan JPN kerana menulis keturunan anaknya ialah Cina.

“Apatah lagi ultra kiasu selalu mendakwa ia parti berbilang kaum. Jika begitu, kenapa tidak meraikan bangsa India mengikut keturunan suaminya? Kenapa dalam kepala dia hanya ada Cina? Hinakah meletakkan keturunan bangsa India? Bukankah India juga dijadikan oleh Allah SWT? Siapa rasis?,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana