Provokasi... Gambar cebisan al-Quran dijalan cetus kemarahan umat Islam

 Sejak tersebar di media sosial pada petang Khamis, ramai yang kongsi dan komen sehingga ada yang berbaur ancaman.

Ini kisah cebisan al-Quran yang ditemui berteraburan Jalan Yong Peng - Segamat berhampiran bank di Labis Johor.

Lebih 500 pengguna lalun tersebut terkejut melihat cebisan ayat suci al-Quran berterbangan dan bertaburan di jalan itu tengah hari tadi.

Pekerja pembersihan bank, Wahir Md Elah, 55, berkata, dia melihat cebisan itu kira-kira 12 tengah hari apabila pulang ke tempat kerja selepas pergi ke sekolah anaknya.

"Saya terkejut melihat banyak cebisan kertas bertaburan di atas jalan raya dan apabila diperiksa ia adalah cebisan al- Quran.

"Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci itu sebelum dibantu orang ramai yang juga pengguna jalan berkenaan," katanya dipetik dari Harian Metro.

Menurutnya, dia berasa terkilan di atas kejadian tersebut kerana berlaku di bulan Ramadan dan berharap pihak berwajib segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap si pelaku.

Seorang kakitangan bank yang engaan dikenali berkata, kejadian petama berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di mana ketika itu hanya tafsiran al-Quran sahaja bertaburan di atas jalan raya.

"Kira-kira jam 1 petang pula, saya dimaklumkan oleh salah seorang pelanggan terdapat sebuah kereta yang membuang cebisan kertas dan apabila diperiksa ianya adalah cebisan al-Quran.

"Saya enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian tersebut, namun ini merupakan kejadian pertama berlaku di sini dan meminta agar siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berwajib," katanya.

ADUN Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang melawat kawasan kejadian meminta umat Islam di sini agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhibung kejadian tersebut.

"Kejadian ini memang melukakan hati umat Islam, namun ianya perlu ditangani dengan bijak dan tidak perlu menuding jari kepada pihak tertentu kerana ianya boleh mencetuskan keadan tidak tenteram.

"Kita serahkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk membut siasatan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan kejadian ini disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai dan siasatan mendapati kejadian itu berlaku.

Katanya, kertas siasatan kini dibuka bagi mengenal pasti dan menahan dalang yang mengoyak dan membuang cebisan al-Quran itu..

"Pada masa sama, kami meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

"Selain itu, saya berharap orang ramai bertenang dan jangan membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana