Perletakan Jawatan Husni Dijadikan 'Modal Baru' Bagi Kumpulan Anti Najib

BANYAK spekulasi ditimbulkan beberapa pihak lanjutan dari keputusan Perdana Menteri untuk melantik Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abd Ghani sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan kabinet semalam.

Semuanya gara-gara perletakan jawatan tidak diduga penyandang sebelumnya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Banyak orang berspekulasi mengenai line-up kabinet yang baru sebelum itu tapi nama Husni tidak ada dalam senarai orang-orang yang ‘dispekulasikan’ sehinggalah pengumuman semalam.

Kalau itu tidak cukup (letak jawatan Menteri), Husni turut melepaskan semua jawatan yang beliau sandang dalam BN dan UMNO berkuatkuasa serta merta. Beliau bagaimanapun masih mengekalkan kerusi parlimen Tambun yang dimenanginya pada tahun 2013.

Maka tak hairanlah dari asal perletakkan jawatan yang biasa (sungguh pun tak diduga), berubah menjadi isu politik yang paling hangat diperkatakan pemerhati dan penganalisis politik hari ini. Biasalah orang Malaysia, benda tak seberapa, hiruk pikuk tu yang lebih, Perdana Menteri dah sebut Husni letak jawatan kerana sebab peribadi pun masih ada yang takpuas hati lagi.

Begitupun, asasnya, itu adalah hak Husni untuk melepaskan jawatan, sama seperti hak Perdana Menteri untuk memilih anggota kabinetnya, nak letak di kementerian apa dan sebagainya. Perletakan jawatan Husni ini bagaimanapun membuktikan bahawa orang UMNO tidaklah bertuhankan jawatan dan harta benda macam orang pembangkang selalu cakap.

Apa pun keputusan telah dibuat dan semua pihak perlu menerima.

Johari sebagai Menteri Kewangan II yang baru, perlu diberi peluang untuk membalas kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri dan rakyat terhadap beliau dengan membuktikan kebolehannya terlebih dahulu. Apa nak komen tentang prestasinya, selepas itu, bagi beliau buat kerja dulu.

Persekitaran ekonomi dan kewangan negara di hadapan ini memang sangat mencabar dan memerlukan pendekatan baru dan berbeza. Johari, dengan latar belakang sebagai tokoh korporat yang berjaya sebelum menceburi politik, diyakini mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

Selamat maju jaya penulis ucapkan kepada semua yang baru dilantik semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana