Perghhh!!! Kewujudan Parti Islam Baru Akan Lebih Jujur Dari PAS - Khalid Samad

Kewujudan parti Islam baru bagi menggantikan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat dirasakan mempunyai masa depan yang lebih luas.

Ini kerana sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif maka parti baru itu mungkin lebih disenangi oleh setiap rakyat.

Bercakap tentang perkara berkenaan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjelaskan mana-mana parti Islam asas perjuangan adalah sama tidak mengira parti itu baru atau lama.

“Setiap parti Islam dasarnya adalah memartabatkan agama dan matlamatnya adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat dalam pemerintahan nilai-nilai Islam serta undang-undangnya menuju keredhaan Allah SWT.

“Cuma yang membezakan adalah pendekatan dan ini yang cuba dinafikan beberapa pimpinan di dalam PAS di mana mereka menuduh kami ini berfahaman sekular, tetapi yang membezakan antara kami dengan mereka adalah kaedah dan pendekatan yang kami berikan,” katanya ketika hadir di pejabat MySuara, semalam.

Menurut beliau, oleh sebab itu sebelum ini PAS dibawa ke arus perdana dengan wujudnya kerjasama dalam Pakatan Rakyat supaya parti itu selari perkembangannya dengan parti lain.

Katanya, sekiranya satu parti Islam baru mahu ditubuhkan, ia akan hanya wujud apabila selepas melihat PAS tidak lagi memainkan peranan seperti mana yang sepatutnya dalam aspek tersebut.

“Dalam aspek idealogi politik memang tiada beza antara parti baru ini dengan PAS, cuma perbezaannya adalah kami lebih inklusif dan berkerjasama dengan jujur dalam membentuk satu kerjasama yang mantap,” katanya.

Khalid berkata, parti baru yang bakal diwujudkan itu bergantung kepada ke mana arah tuju PAS selepas ini.

Sementara itu persoalan ‘survival’ parti baru itu Khalid menegaskan bahawa biar ditentukan oleh rakyat. sumber: Tranungkite

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana