PEMECATAN SEPATUTNYA SUDAH LAMA DIBUAT

Pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sepatutnya telah lama dilakukan ekoran desakan beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, tahun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Pene­rangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih untuk tidak me­lakukannya.

Katanya, kemudian Perhimpunan Agung UMNO dengan jelas memberi isyarat agar mereka kembali ke pangkal jalan dan mengutamakan solidariti parti bersama pucuk pimpinan.

“Najib pula sewaktu menggulung perbahasan ketika itu memilih untuk berjiwa besar dengan menghulurkan tangan dan menyeru ke arah penyatuan parti.

“Walaupun begitu segalanya bukan saja disambut dingin oleh Muhyiddin dan Mukhriz malah mereka terus dan berulang kali melanggar disiplin parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, berikutan itu berkali-kali juga syor dibawa Ah­li­ MT supaya mereka dipecat, namun Najib tetap bersabar dan enggan mengambil tindakan.

“Parti khususnya BN kemudiannya berdepan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak namun mereka terus bersekongkol dengan pembangkang dan sehingga UMNO menghadapi satu lagi pilihan raya kecil iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar namun sikap mereka masih tidak berubah.

“Dalam apa yang cuba disifatkan sebagai Referendum Rakyat oleh mereka yang terbabit menentang pucuk pimpinan parti mereka berkempen bersama pembangkang secara terang dan secara senyap dan mereka mahu melihat UMNO tewas,” jelasnya.

Annuar menambah, usaha me­reka gagal apabila rakyat memberikan kemenangan berganda dengan majoriti berkali-kali lebih besar kepada UMNO dan BN.

“Selesai pilihan raya kecil seperti diduga isu perlanggaran disiplin sudah tentu sekali lagi berbangkit.“Jawatan Kuasa Disiplin mengemukakan penemuan terhadap kes perlanggaran disiplin yang membabitkan Muhyiddin dan Mukhriz serta mendapati ada kes prima facie terhadap mereka, tapi menyerahkan kepada MT untuk membuat keputusan.

“Najib ambil masa ham­pir setahun untuk bertindak me­­me­cat mereka yang jelas menderhaka kepada UMNO dan tindakan diambil setelah diasak Ahli MT bertubi-tubi, tetapi Najib masih bertanya kepada majlis adakah ini keputusan sebulat suara atau ada sesiapa tidak bersetuju,” jelasnya.

Ujarnya, bagi setiap tindakan itu pasti ada harga yang wajib dibayar dan perbuatan menderhaka kepada perjuangan parti serta percubaan mengguling ketua parti juga kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi wajib dibayar dengan harga yang mahal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana