Muhyiddin sepatutnya sudah lama dipecat - Mas Ermieyati

MELAKA: Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya sudah lama dipecat daripada UMNO, kata Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Tegas Mas Ermieyati ini kerana pelbagai tindakan bekas Timbalan Presiden itu termasuk bersekongkol dengan pembangkang yang disifatkan mencemar imej parti.

Beliau berpandangan adalah tidak wajar seorang ahli UMNO untuk duduk sepentas dengan pembangkang demi kepentingan sendiri.

Justeru beliau berpandangan pemecatan Muhyiddin pada Jumaat adalah tepat.

"Apabila kita melihat dia (Muhyiddin) bersekongkol dengan pembangkang, ini adalah tidak wajar,

"Itu sendiri melambangkan bahawa ia tidak ada dalam konteks setia UMNO sendiri, apa tindakan dia buat bersama Tun Dr Mahathir adalah tidak wajar," kata Mas Ermieyati yang ditemui pemberita selepas program ziarah sahur kepada petugas badan beruniform di sekitar negeri Melaka pada Ahad.
Tegas Mas Ermieyati, pelbagai ruang dan peluang diberikan Majlis Tertinggi kepada Muhyiddin untuk menyatakan pendiriannya.

Namun, Muhyiddin terang-terangan terus mengkritik parti serta kerajaan.

Beliau melihat tindakan itu satu pengkhianatan kepada UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana