Khalid berkempen untuk PAS... tolak DAP, sayangi Islam, cintai Melayu

Semangat anti DAP yang meluak-luak dalam batang tubang Tan Sri Khalid Ibrahim sudah tidak dapat disekat lagi.

Misi utama bekas MB Selangor itu dalam berkempen adalah untuk memastikan semua pengundi Sungai Besar menolak sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan DAP.

“Saya bukan datang untuk berkempen menangkan mana-mana calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar tetapi saya hendak selamatkan rakyat khususnya orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan DAP dan sekutunya.

“Dalam keadaan apa sekalipun, sesiapa sahaja bersama dengan parti milik Lim Kit Siang yang membenci Islam itu perlu diberi penerangan supaya menolak sebarang agenda parti tersebut,” katanya.

Difahamkan Khalid bersama rombongannya yang terdiri daripada beberapa NGO akan bergerak dengan semangat “Sayangi Islam Cintai Melayu” dan akan berusaha menyedarkan rakyat di Sungai Besar tentang niat jahat parti DAP.

“Bukan sahaja Sungai Besar tetapi juga dalam mana-mana pilihan raya, saya akan datang berkempen untuk menolak DAP dan sekutunya.

“Saya tidak ada masalah untuk bersama dengan mana-mana parti sekiranya parti tersebut berpendirian jelas tidak akan sama sekali bergabung dengan DAP,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana