Kementerian kesal laporan Sinar Harian ‘dorong’ anti-vaksin

Kementerian Kesihatan hari ini menyangkal dakwaan seorang ibu yang berkata suntikan vaksin menyebabkan anaknya tidak dapat bergerak normal, dan menjelaskan kanak-kanak itu sebenarnya mengalami sejenis penyakit otak sejak dalam kandungan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, turut mengkritik laporan Sinar Harian Isnin lalu, yang memetik seorang ibu sebagai berkata beliau trauma melihat apa yang menimpa anaknya yang berusia 4 tahu, sejak diberi suntikan pada usia tiga bulan.

“KKM kesal dengan pelaporan berita yang tidak tepat seperti ini kerana ia boleh menyebabkan salah tanggapan orang awam yang mendorong mereka kepada penolakan vaksin,” katanya.

Hasil siasatan KKM mendapati, ibu kanak-kanak, Nor Wahida Abu Hassan, 27, dirujuk di sebuah klinik kesihatan di Baling, Kedah kerana saiz kandungan kecil.

Pemeriksaan susulan oleh pakar di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kemudian mendapati keadaan bayi itu disebabkan ibunya mengidap jangkitan semasa mengandung.

“Ia seterusnya menyebabkan perkembangan fizikal, perkembangan saraf dan pergerakan otot terganggu yang mengakibatkan kegagalan atau kelemahan aspek kognitif.

“Oleh itu, dakwaan bahawa masalah perubatan kes tersebut disebabkan suntikan vaksin adalah tidak benar,” kata Dr Noor Hisham.

Beliau berkata vaksin diuji dan dipantau rapi, dan menasihatkan orang ramai tidak bimbang membenarkan anak mereka menerima suntikan vaksin.

“Imunisasi dapat mencegah kejadian penyakit cegahan vaksin serta mengelakkan komplikasi yang serius, dan juga menghalang berlakunya wabak.”

Kontroversi mengenai vaksin timbul baru-baru ini selepas beberapa kes difteria, dipercayai berpunca daripada kanak-kanak terlibat tidak diberi suntikan vaksin.

Susulan laporan Sinar Harian itu, akhbar itu semalam menerbitkan beberapa artikel menyokong vaksin.

Katanya, laporan muka depan sebelumnya tidak mempunyai agenda negatif.

“Antara punca besar kenapa orang tak mahu menerima suntikan vaksin adalah kerana takut. Kononnya vaksin itu agenda Yahudi dan jika terima vaksin boleh jatuh sakit.

“Kita keluarkan laporan khas ini untuk pujuk mereka yang takut ini tampil menghantar anak-anak mereka menerima vaksin.

“Sebab itulah laporan kita hari ini ada sembilan berita di mana enam daripadanya memang 100 peratus positif kerana kita memang yakin vaksin ini perlu diambil,” kata seorang jurucakap akhbar itu semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana