Jom Kita Berfikir Sejenak...Politik Kita Hari Ini

Pendapat saya, semangkin Tun M membantai Barisan Nasional, Kerajaan serta saf kepimpinnya termasuk YBhg Ds Najib Razak maka semangkin semua mereka didalam Barisan Nasional bertambah semangat dan tingkatkan usaha, perancangan serta bertindak, dan selain itu akan membuka mata 30 juta rakyat Malaysia terutamanya golongan atas pagar kembali menyokong Barisan Nasional.

Ini lah politik, dan bukan semudah yang kita fikir.

Saya jangkakan jika keadaannya terus begini sehingga PRU 14 tidak mustahil Barisan Nasional akan menang besar dan luar biasa termasuk akan berjaya menawan balik Selangor, Pulau Pinang serta Kelantan.

Pada saya rakyat Malaysia menolak politik caci maki, menyemai kebencian, kekeliruan, menabur fitnah, sebaliknya mereka menilai Barisan Nasional apa perancangan, tindakan serta usaha sama ada yang sudah dilakukan dan akan dilakukan, dan mereka percaya Barisan Nasional masih terbaik buat masa ini.

Selain itu mereka juga menilai, bukan sesuatu yang mudah untuk capai kemerdekaan selepas negara dijajah selama 446 tahun, serta turun menilai apa yang berlaku dinegara-negara yang bergolak diluar Malaysia.

Dan semua kebajikan selama pertadbiran Barisan Nasional bukan hanya untuk dunia tapi ada ganjarannya diakhirat nanti.

Dengan kata lain, Pertadbiran Barisan Nasional terbukti berjasa - KEBAHAGIAAN DIDUNIA & KESEJAHTERAAN DIAKHIRAT.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana