Jom Baca....Memahami Gerakan Kempen Anti-Najib dan Percaturan Politik Tun Mahathir


■ Ada agenda peribadi yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir sehingga beliau nekad untuk menongkah arus dilewat usianya. Bukan kali pertama di dalam sejarah negara kita Tun bertindak melawan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia. Dari zaman arwah Tunku Abdul Rahman sehinggalah sekarang zaman DS Najib. Kalau dulu agenda peribadinya sukar dibaca tetapi sekarang tidak lagi, di mana semakin terserlah halatuju perjuangannya yang dilihat lebih peribadi dari agenda memperjuangkan nasib rakyat.

■ Selama 22 tahun Tun sebagai Perdana Menteri isu2 yang diperjuangkan lebih kepada isu 2 dalam 1 dengan membawa bersama kepentingan dirinya dan kroni2nya sambil mensaluti perjuangan tersebut dengan isu2 membela nasib rakyat dan isu2 antarabangsa. Ianya hanyalah lakonan Tun semata2.

■ Rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas kroni2nya seperti TS Ananda Krishnan, TS Vincent Tan, TS Franchis Yoeh, TS Rafidah Aziz, TS Syed Bukhari dan ramai lagi menjadi jutawan malah menjadi billionaire dengan mengaut keuntungan serta kekayaan peribadi yang diluar jangkaan kita. Ini tak terkurang dengan kekayaan yang melimpah ruah anak2nya DSMM, Mokhzani, ipar ruar yang mendapat segala bagai saham2 percuma, perlantikan ke jawatan penting dan kedudukan istimewa melalui projek2 ciptaan Tun serta kroni2 Tun.

■ Perniagaan sumber bekalan tenaga bebas persendirian, pelbagai AP, konsesi2 lebuhraya, ERL dll telah memalitkan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat, tarif electric yang tinggi, bebanan tambang rangkaian pengangkutan awam, peningkatan kadar tol konsesi lebuhraya2, masalah2 monopoli perniagaan sistem AP, peningkatan kadar bunga pinjaman bank dll sangat menghantui perasaan rakyat marhein sehingga ke hari ini. Rakyat marhein adalah pengguna tegar yang terpaksa membayar setiap hari demi mengharungi kelangsungan hidup.

■ Persoalan: kenapa tangan Tun Mahathir yang mencincang, bahu DS Najib perlu memikulnya?. Kenapa rakyat perlu menyalahkan DS Najib dengan mendengar hasutan Tun Mahathir?. Kenapa Tun Mahathir tidak memberi peluang dan ruang kepada DS Najib untuk memperbetulkan perjalanan ekonomi negara dan seterusnya membela nasib rakyat marhein?. Atau Adakah bagi Tun membela kroni2nya, membela anak2nya serta kaum kerabatnya adalah lebih utama dari membela nasib rakyat?. Kenapa Tun memanipulasi isu2 tersebut dan cuba menyalahkan perancangan DS Najib untuk membawa Malaysia mengikut acuan beliau?.

■ Sepertimana yang dijangkakan, Tun Mahathir seboleh2nya ingin mempengaruhi pemikiran rakyat dengan permainan isu2 yang sengaja diada2kan. Siapakah yang terpengaruh dengan mainan politik Tun dan berapa ramai yang terpengaruh?.

■ Ada yang terpengaruh tapi Bukan diluar jangkaan dan tidak ramai. Mereka ini hanyalah kumpulan Kempen Anti-Najib (Anti-Najib Campaign) antaranya;

1. Puak2 serpihan dari parti UMNO yang menamakan mereka sebagai team B UMNO.
◇ Golongan ini disertai oleh Persatuan Gabungan Ketua2 Cawangan UMNO Malaysia yang ditunjangi kebanyakannya oleh ahli2 PERKASA.
2. Segelintir Veteran2 UMNO.
3. Ahli2 perniagaan yang merupakan kroni2 Tun Mahathir.
4. Penyokong2 tegar TSMY, DSMM, DSSA dan kumpulan2 yang berkepentingan.
5. Parti2 politik pembangkang seperti DAP dan PAN tetapi tidak PKR dan PAS.

■ Pada ketika dan waktu ini, perjuangan Tun dan gerakan anti-Najib tidak akan ke mana2.

Perjuangan dan pengaruh Tun telah semakin pudar. Di penghujung usia dan penghujung karjaya Tun sebagai orang politik, beliau perlu muhasabah dirinya sendiri dan kalau boleh bertaubat lah dari terus menyusahkan rakyat marhein. Kepada Tun Mahathir, kembalilah ke pangkal jalan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana