Itu PAN Namanya.....Orang DAP Saja, PKRnya Takde

DAH beberapa hari sejak kempen pilihanraya kecil Sg Besar bermula, selain hari penamaan calon yang lepas, tak nampak lagi jentera dan pemimpin PKR bergerak membantu PAN di kawasan ini.  Bas percuma yang Azmin lancarkan tak lama lepas ahli Parlimen yang dulu meninggal dunia, macam takde follow up, stesennya pun kosong sepanjang masa.

Yang ada hanya orang-orang DAP.

Kit Siang saja katanya akan menetap di Sg Besar sepanjang kempen berlangsung tapi dia duduk, berkempen dan berpayung hanya di sekitar Sekinchan (kubu kuat DAP aka Cina), tak jengah langsung muka di kawasan Melayu sekitar yang lebih ramai jumlah pengundinya.

Calon PAN, Azhar Ab Shukur nampak sangat terbatas pergerakan.  Keadaannya sama seperti kempen pilihanraya kecil Teluk Intan yang dulu, calon kena control segala segi, nak bercakap dan bergerak nak kena atur macam koreograf menari.

Mungkin syarat jadi calon tajaan DAP memang macam ini, nak buat apa pun kena tanya dulu boleh ke tidak.

Apa manifestonya, apa harapannya kalau menang, siapa pun tak tahu nak cakap.  Kurang-kurang calon BN, Budiman Zohdi yang memang anak tempatan dan wakil rakyat dalam satu dari dua DUN dalam Parlimen Sg Besar, ada juga visinya untuk rakyat, paling tidak meneruskan janji arwah Tan Sri Noriah yang belum selesai.

Tak hairan, mana calon PAN ini ada, orang DAP mesti ada jugak (gambar di atas sebagai bukti).  Mat Sabu pun tak macam ini – siang malam ke hulu ke hilir dengan calon sendiri.  Nampak sangat PAN ini siapa sebenarnya, betullah kata Hadi, undi PAN, undi DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana