Inilah Bekas orang Kuat PAS dulu...Kini PAS Tak Mampu Menang PRK Kuala Kangsar - Mat Sabu

KUALA KANGSAR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu meminta rakan-rakannya dalam PAS supaya memilih Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut kerana mendakwa parti Islam berkenaan tidak mampu menyaingi Barisan Nasional (BN) secara bersendirian.

Mohamad atau Mat Sabu berkata, berdasarkan pengalamannya selama 37 tahun dalam PAS yang berakhir sebagai timbalan presiden, parti itu sukar untuk memenangi pilihan raya jika hanya mengharapkan undian daripada bangsa Melayu sahaja.

Menurutnya, tidak dinafikan PAS mempunyai ramai ahli yang tidak mengharapkan sebarang imbuhan untuk menghadiri penamaan calon atau perhimpunan, tetapi untuk menewaskan BN dalam PRK Kuala Kangsar ahlinya perlu memilih calon Amanah.

"Saya bukan pemimpin cokia (tidak terkenal) dalam PAS tetapi saya begitu aktif sejak 1978 sehingga dipilih menjadi naib dan timbalan presiden.

"Berdasarkan pengalaman ini selepas menempuh pelbagai PRK dan Pilihan Raya Umum, saya dapati adik-adik saya dalam PAS perlu memilih calon Amanah jika ingin menewaskan BN.

"Maafkan saya, PAS tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya ini" katanya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi Sayong Lembah di sini pada Isnin malam.

Turut hadir ialah Ahmad Termizi; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri  Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Sr Ismail Salleh.

Sementara itu, Ahmad Termizi yang turut berucap mengakui beliau merupakan pengundi bagi Parlimen Shah Alam.

"Saya memang pengundi di Parlimen Shah Alam, tetapi saya mengundi di sana untuk menyokong bekas rakan serumah saya iaitu Ahli Parlimen Shah Alam ketika ini, Khalid Abdul Samad.

"Saya juga pernah menjadi pengundi Gelang Patah sebelum itu. Tetapi apa yang penting sekarang ialah saya anak kelahiran Kuala Kangsar.

"Nenek moyang, bapa dan saya sendiri dilahirkan di sini. Cuma bila melanjutkan pelajaran saya keluar menimba ilmu di luar dan bekerja di Kuala Lumpur," jelasnya.

Tambahnya, bagaimanapun kini telah tiba masa untuk beliau kembali berkhidmat  kepada orang kampungnya dan membantu mereka sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana