Dewan Ulamak Selangor nafi mesyuarat tolak Rani

SHAH ALAM -  Dewan Ulamak Pas Selangor menafikan telah mengadakan satu mesyuarat tergempar berhubung kehadiran calon parti Islam itu, Dr Abd Rani Osman ke majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan.

Setiausahanya, Muhammad Najhan Halim berkata, penyebaran paparan skrin fitnah itu telah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan kehadiran calon Pas, Dr Rani dalam majlis iftar anjuran Pakatan Harapan. Sebaran mengenai perkara ini telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi aplikasi Whatsapp pada petang ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan.

Paparan skrin itu mendakwa Dewan Ulamak Pas Selangor menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar susulan kehadirannya pada majlis anjuran Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Dewan Ulamak Pas Selangor berkata, pihaknya menolak sekeras-sekerasnya amalan politik fitnah dan sebaran maklumat tanpa sebarang usul periksa dan tabayyun.

“Dewan Ulamak Pas Selangor akan terus bersama kepimpinan dan jentera Pas bagi memenangi PRK Sg Besar,” katanya.

Tinjauan Sinar Online ke laman Facebook Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendapati, beliau memuat naik enam keping gambar semasa beliau menghadiri program ‘Iftar Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali’ di Sungai Panjang yang turut dihadiri calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur serta pimpinan Pakatan Harapan.

Namun, kelihatan juga majlis itu dihadiri Adun Meru, Dr Rani yang merupakan calon Pas dalam PRK Sungai Besar.

Melalui akaun Facebooknya pula, Dr Rani turut memuat naik 14 keping gambar pada majlis berbuka puasa itu memaklumkan beliau telah dijemput iftar bersama Azmin Ali.

“Sempat bersembang dengan menteri besar pelbagai isu dan mendapat tepukan hadirin apabila disebut nama YB Dr Rani oleh Menteri Besar Selangor,” tulisnya.
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana