Cakap Saja Boleh Lah.....Rafizi: Bukti calon BN bukan pilihan semua

KUALA KANGSAR - PKR tidak menolak kemungkinan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid gagal mendapat sokongan penuh daripada pimpinan dan akar umbi Umno.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, perkara itu dapat dilihat melalui kenyataan bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari yang tidak gembira dengan pencalonan berkenaan.

"Berita itu mengesahkan desas-desus bahawa pemilihan Datin Mastura sebagai calon BN bukanlah satu keputusan yang disokong mutlak oleh pelbagai peringkat dan sayap Umno.

"Sepanjang tempoh kempen, banyak spekulasi mengenai jentera BN yang tak bekerja sepenuhnya hati dan cuba memboikot parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Amanah Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ramly berasa agak terkilan dengan Mastura yang didakwa bersikap dingin dengannya .

Menurutnya, ada juga spekulasi yang mengaitkan pemilihan Mastura sebagai calon disebabkan mendapat sokongan padu daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Apakah benar pencalonan Datin Mastura mendapat dukungan kuat Datin Seri Rosmah Mansor berbanding calon lain, mungkin kerana sama-sama berasal dari Negeri Sembilan," katanya.

Rafizi berkata, pelbagai penafian dibuat oleh sebahagian pimpinan tertinggi Umno untuk menutup perkara berkenaan namun ia seakan dapat dihidu banyak pihak.

"Bila ada pimpinan tertinggi parti tampil ke depan dan membuat penafian terbuka mengenai desas desus itu, kesimpulannya ada masalah serius yang berlaku di peringkat akar umbi," katanya.

Katanya, meskipun mengakui tidak mempunyai maklumat lanjut berkaitan spekulasi berkenaan namun pihaknya meminta pimpinan BN menjelaskan perkara tersebut.

"Saya tidak ada maklumat lanjut mengenai perkara ini dan ingin mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan-soalan ini kepada pimpinan BN," katanya.   ‎

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana