Brexit: Petanda ‘kehancuran’ Kesatuan Eropah?

LONDON 25 Jun - Fenomena Brexit atau Britain Exit, Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) kini mula ‘menjangkiti’ beberapa negara anggota lain sekali gus dilihat sebagai petanda kepada ‘kehancuran’ kesatuan itu.

Portal Daily Mail melaporkan, bahana ‘euroscepticisme’ atau penolakan terhadap EU semakin dirasai di Sweden, Republik Czech, Perancis, Denmark, Itali, Belanda, Austria, Greece, Sepanyol, Poland, Hungary serta Ireland.

Di Sweden, istilah ‘Swexit’ mula menjadi sebutan selepas undian terbaharu oleh TNS Sifo menunjukkan bahawa 36 peratus penduduk negara itu bersetuju untuk keluar daripada EU berbanding hanya 32 peratus yang mahu kekal.

Mengulas tentang Swexit, Menteri Luar Sweden, Margot Wallstrom berkata, Brexit mungkin memberi kesan terhadap negara anggota lain.
“Pastinya mereka (negara-negara anggota EU) akan berkata, jika mereka (Britain) boleh meninggalkan EU, mungkin kita juga perlu adakan referendum dan keluar daripada kesatuan ini,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Republik Czech, Bohuslav Sobotka memberi amaran bahawa fenome-na Brexit mungkin akan membawa kepada ‘Czexit’ manakala pemimpin parti Barisan Nasional Perancis, Marine Le Pen pula menyifatkan Brexit sebagai simbol ‘kejayaan untuk kebebasan’.

“Saya sendiri akan mengundi Brexit walaupun Perancis mungkin memiliki lebih 1,000 sebab untuk meninggalkan EU berbanding United Kingdom (UK),” kata Le Pen.
Di Denmark, pemimpin Parti Rakyat Denmark (DPP), Kristian Thulesen Dahls menggesa supaya negara itu mengadakan referendum seperti Britain manakala ahli ekonomi serta politik di Greece dan Belanda juga menyuarakan perkara yang serupa.

Situasi sama dilaporkan berlaku di Poland, Sepanyol dan Hungary apabila kerajaan di ketiga-tiga buah negara itu dilihat mula mencongak kemungkinan untuk meninggalkan EU.
Dalam perkembangan berkaitan, kebanyakan rakyat Itali percaya negara itu sepatutnya keluar daripada EU walaupun keputusan tersebut mungkin menyaksikan integriti kesatuan itu terjejas memandangkan Itali merupakan antara nadi penubuhan EU.

“Perlu diakui, apabila sebuah negara seperti Great Britain telah membuat referendum seperti itu, ini sebenarnya memberi isyarat awal terhadap kegagalan EU,” kata pengasas parti Pergerakan Lima Bintang (M5S) Itali, Beppe Grillo.

Canselor Austria yang baharu, Christian Kern pula berpendapat, Brexit boleh memberi makna ‘ucapan selamat tinggal secara perlahan-lahan kepada idea bangsa Eropah’ kecuali terdapat pembaharuan yang serius me-ngenai perkara itu.

Bagi jiran terdekat Britain iaitu Ireland, sempadan darat antara negara itu dan Ireland Utara mungkin perlu dipolisikan semula apabila Britain keluar daripada EU.

Pada masa yang sama, hubungan dagangan yang baharu juga perlu digariskan semula bagi memastikan kerjasama komersial yang rapat antara Britain dan Ireland dapat diperkukuhkan.
Terbaharu di Slovakia, dengan slogan ‘Slovexit’, Parti Rakyat Slovakia merancang untuk me-ngadakan petisyen membo-lehkan rakyat negara itu memikirkan kedudukan dalam EU.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana