Baik Tak Payah Lah....Undi Orang Macam Ini....Janji 2 Bulan Sekali Turun Padang – Calon PAN

KAMPUNG Penerangan, Sekincan, Sungai Besar menjadi saksi apabila calon Parti Amanah Negara (PAN) berjanji akan bertemu rakyat Sungai Besar jika dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 18 Jun depan.

Namun demikian, janji Azhar Abdul Shukur itu mungkin sedikit melucukan apabila beliau akan memastikan dirinya berada di kawasan P93 itu sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan sekali.

Walaupun begitu, sekiranya beliau berasa gembira, tidak mustahil baginya untuk lebih kerap turun ke Parlimen Sungai Besar iaitu sebulan sekali.

Berucap pada Ceramah Umum PAN di kampung berkenaan, Azhar melakukan janji tersebut dihadapan Presiden parti, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan tujuh hadirin yang hadir, tidak termasuk jentera dan media parti yang turut hadir ke balai raya kampung berkenaan.

“Saya berjanji dihadapan presiden saya (Mohamad Sabu), di depan YB Tony Pua, YB Nurul Izzah, ketiga-tiga parti ada.. paling kurang saya akan bersama tuan-tuan puan-puan, paling kurang dua bulan sekali.

“Kalau saya seronok sebulan sekali,” katanya di ceramah berkenaan, semalam.

Azhar difahamkan menetap di Sungai Burung, Tanjung Karang yang hanya kira-kira 32 kilometer dari Parlimen Sungai Besar. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana