Usul Hadi: Timbalan Pengerusi MCA Kedah wajar berehat fahami isu sebenar

Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong wajar diberikan rehat selama dua minggu bagi membolehkannya menenangkan fikiran susulan keputusan drastiknya keluar parti.

Leong membuat keputusan itu susulan ketakpuasan hatinya dengan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Leong perlu diberi ruang dan waktu untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Tambah Ahmad Bashah lagi, langkah itu akan memberi Leong memahami situasi sebenar tentang isu yang menyebabkan beliau bertindak untuk keluar parti.

“Lepas dia bercuti itu nanti, (barulah) saya akan jumpa dia tapi saya memang sudah bercakap (dengannya) dalam (perbualan) telefon,” katanya kepada BNBBC.MY pada Sabtu.

Menurutnya tindakan Leong semalam merupakan sesuatu yang tidak dijangka olehnya yang ketika itu masih berada di Kuala Lumpur kerana sedang menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

“Tapi tak apalah. Kita akan cuba selesaikan masalah ini dengan cara semangat Barisan Nasional,” katanya.

Leong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun mengumumkan akan keluar daripada MCA dalam satu sidang media di Alor Setar semalam kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan jawatannya sebagai Exco dan menyerahkan kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai untuk mencari penggantinya sebagai timbalan pengerusi MCA Kedah.

Berikutan pengumuman beliau itu, Pengerusi MCA Kedah Datuk Lee Chee Leong memberi tempoh dua minggu kepada Leong untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu.

Leong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan pada 20 Mac 2014.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana