Usul Hadi bukan Hudud…ada salah faham besar – PM

Seperti diduga timbul keresahan dan bantahan dikalangan parti komponen Barisan Nasional sendiri ekoran usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang di Dewan Rakyat petang Khamis.

Antara yang serius ialah Exco Kerajaan Negeri kedah dari MCA ,Dr Leong Yong Kong telah bertindak keluar parti kerana membantah.

Ditanya hal berkenaan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majis Tertinggi UMNO petang Jumaat,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata timbul salah faham besar mengenainya.

Katanya sebenarnya Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentang Ahli Parlimen Marang itu bukan Hudud yang yang disangka.

Perdana Menteri menjelaskan ia lebih kepada peningkatan kuasa Mahkamah Syariah antaranya berkaitan dengan hukuman-hukuman dan ia cuma tertakluk pada orang Islam sahaja.

"Ia merupakan apa yang di katakan sebagai 'enhanced punishment', peningkatan hukuman daripada enam kali rotan kepada beberapa kali, tertakluk kepada kesalahan tertentu," katanya.

Hukuman itu pun misalnya rotan tidak sampai ke peringkat mencederakan.

Beliau akui masalahnya bila sebut nama Haji Hadi orang cepat nak mengaitkan beliau dengan Hudud.

“Label dan kaitan dengan Hadi terlalu rapat dengan soal hudud... jadi bila dia bangkit je orang ingat automatik hudud.

"Ia tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Jadi saya nak terangkan di sini bahawa pindaan itu tidak merupakan undang-undang hudud," katanya.
Apapun Perdana Menteri menjelaskan perkara ini tidak begitu mudah hendak dilaksanakan kerana ia antara lain melibatkan perlu dapat kebenaran dari Majlis Agama Islam negeri-negeri,Majlis Raja-Raja dan pindaan undang-undang oleh Parlimen.

Katanya jika nak pinda undang-undang BN akan terikat kepada prinsip konsensus yakni persertujuan bersama.

Kata Najib apapun nak dilakukan BN akan fikirkan kepentingan negara secara keseluruhan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana