Pakatan Anti Islam Dah Terbentuk?Anda Nampak Tak Mainan Mereka Semua?

BILA Perdana Menteri dah sahkan bahawa pindaaan undang-undang syariah negeri Kelantan yang dibentang Presiden PAS di Parlimen minggu sudah, tidak ada kaitan sama sekali dengan hudud, harapannya, MCA dan Gerakan ini faham bahasalah.

Rupanya depa tak faham bahasa jugak, masih nak main konon itu adalah undang-undang hudud, sampai ke tahap nak mengancam keluar BN, konon orang cina dah naik bimbang.

Sejak bila MCA dan Gerakan wakil orang cina yang bimbang sangat ni?  Wakil orang cina sekarang ialah DAP, jadi kalau layak bercakap wakil cina ialah DAP, bukan MCA atau Gerakan – mereka dah lama tak jadi wakil orang cina Malaysia dah, perasan saja macam tu.

Dari 9 kerusi parlimen MCA dan Gerakan sekarang, berapa banyak kerusi majoriti cina yang konon wakil orang cina sangat ni?

Anyway, bila dah sah itu bukan undang-undang hudud, jadi undang-undang apa yang MCA dan Gerakan ni lawan, Islam ke?  Kata tak lawan Islam, yang lawan undang-undang hudud PAS, sekarang bila itu bukan hudud PAS, lawan jugak tu, apa yang dilawan?

Tujuan nak jumpa Perdana Menteri untuk dapat penjelasan ini saja pun agak merungsingkan.  Bodoh sangat ke nak faham yang dibentang tu bukan hudud, nak penjelasan macam mana lagi?  Nampak sangat dia lebih percaya DAP dari cakap Pengerusi BN sendiri pun.  Dengan DAP taknak pulak jumpa minta penjelasan?

Mintaklah penjelasan kenapa benda bukan hudud tapi di’hudud’kan jugak?

Ini bukan kali pertama MCA ni ancam-ancam nak keluar BN, dah banyak kali – keluarnya tak jugak.  Tak sedar prestasi dialah yang paling teruk sekali PRU13 dulu sampai ada calonnya di Pulau Pinang yang hilang deposit walhal apa cerita hudud pun takde masa tu, kalah teruk juga, apa kes?

Sebetulnya, hudud bukan masalah MCA dan Gerakan kerana tanpanya pun cina tetap tolak 2 parti tersebut.  Hudud adalah masalah DAP, DAP yang tak boleh langsung dengan hudud ni, bukan MCA dan Gerakan.  Hairan kenapa dia pulak yang perasan, konon hudud ni boleh menjejaskan dia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana