Netizen China mengamuk dek iklan rasis

PELAYAR laman sosial China, Weibo marah dan mengecam sebuah iklan sabun pembasuh yang didakwa menunjukkan unsur rasis.

Dalam iklan tersebut, seorang lelaki berkulit hitam dilihat cuba memikat seorang wanita China.

Wanita tersebut kemudian memasukkan sabun pembasuh ke dalam mulut lelaki tersebut dan memaksanya masuk ke dalam sebuah mesin basuh.

Selepas 'dibasuh', lelaki berkulit hitam tersebut bertukar menjadi seorang lelaki China.

Iklan tersebut dianggap racis dan menjadi viral di Weibo dan beberapa laman sosial antarabangsa.

"Kakitangan pemasaran di China tak diajar tentang bangsa?" kata seorang pelayar di Weibo.

"Kalau anda tak faham mengapa iklan ini racis, tahniah. Anda seorang racis," kata seorang lagi pelayar.

Syarikat disebalik iklan tersebut, Qiaobi tidak memberi sebarang respon terhadap kecaman tersebut.

Sebelum ini, iklan filem 'Star Wars: The Force Awakens' yang menampilkan pelakon utama berkulit hitam, John Boyega telah diubah di China.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana