Lelaki Kemaluannya Digigit Ular Dalam Tandas Semakin Pulih

BANGKOK: Seorang lelaki yang terpaksa bertarung nyawa apabila kemaluannya digigit seekor ular sawa sepanjang tiga meter semasa menggunakan tandas kini semakin pulih, kata kakitangan hospital pada Sabtu.

Atthaporn Boonmakchuay sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana kehilangan banyak darah dalam satu kejadian apabila seekor ular bersembunyi di sebalik mangkuk tandas di kediamannya di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok.

"Dia boleh membuang air kecil seperti biasa dan kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya semakin berkurangan," kata Rungnapa Sehawong, seorang penyelia di hospital Chularat 11 kepada AFP.

Tambahnya, lelaki berusia 38 tahun itu masih dirawat dan dijangka boleh keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi.

Atthaporn dalam satu temubual bersama stesen TV tempatan memberitahu bahawa tandas itu kosong semasa dia hendak mencangkung untuk membuang air.

"Tetapi tidak lama selepas itu, ia (ular) keluar dari mangkuk tandas dan mengigit saya," katanya, sambil menjelaskan dia bertindak balas dengan menggenggam leher ular itu.

"Pada mulanya saya fikir kemaluan saya hilang kerana ia (gigitan) sangat kuat," tambahnya.

Dia bagaimanapun berjaya membuka rahang ular sawa tersebut sebelum isteri dan jirannya menutup kepala haiwan itu menggunakan beg plastik.

Media tempatan melaporkan pasukan penyelamat kemudiannya memecahkan tandas menggunakan tukul bagi mengeluarkan ular itu sebelum dibebaskan ke hutan. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana