‘Kontroversi’ Pencalonan Mastura Bukan Isu Agama Tapi Politik

KEPUTUSAN UMNO untuk mencalonkan balu kepada Allahyarham Dato Wan Khair-il, Datin Mastrura Yazid dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar yang akan datang, dengan beliau tidak boleh berkempen kerana masih dalam keadaan iddah, adalah 2 perkara berbeza, tidak boleh disamakan.

Tidak ada hukum agama yang dilanggar dengan pencalonan tersebut, begitu juga dengan tak berkempen, tak langgar apa undang-undang pilihanraya pun.

Malah, memang ada dalam sejarah Malaysia ini orang menang kerusi walaupun tak berkempen – contoh paling dekat bekas ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan yang menang pada tahun 2008 walaupun ketika dicalonkan DAP (dan menang), dia masih dalam tahanan ISA.  Manoharan hanya dibebaskan dari ISA pada Mei 2009 – lebih setahun selepas menang.

Isunya bukan Manoharan dari DAP dan Mastura dari UMNO, tapi isunya Manoharan menang DUN itu tanpa perlu berkempen.

Senang kata, menang atau tidak itu hak rakyat, kempen tak kempen kalau rakyat terima, tidak ada isu.  Dalam keadaan biasa, orang kata sombong kalau tak kempen tapi dalam hal ini, tidak ada masalah kerana Datin Mastura tidak berkempen bagi memenuhi tuntutan agama.

Jadi tidak ada masalah, yang jadi masalah ialah bila ada orang yang di luar UMNO mencampur adukkan pencalonan beliau dengan keadaannya yang tidak boleh berkempen, dan mencari alasan untuk kata UMNO tidak sensitif dengan hukum hakam agama.

Ironinya, yang bercakap itu datang dari kem mantan ahli UMNO, Mahathir Mohamad yang baru-baru ini di dakwa menipu dalam mendapatkan lebih sejuta tandatangan untuk mencukupkan sokongan ke atas Deklarasi Mahathir-Kit Siang.  Menipu tapi nak cakap pasal hukum hakam agama, nak jadi munafik ganda dua ke?

Atau lebih mudah lagi, ini isu politik, bukan isu agama.  Ia ‘diagamakan’ semata-mata untuk mencari salah dan mengata, tidak lebih dan tidak kurang.  Semua ini sengaja dibuat untuk mencemarkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak terutama setelah kemenangan besar BN dalam pilihanraya negeri Sarawak awal bulan hari tu.

Ya, sasaran sebenarnya ialah Najib dan UMNO, bukan Mastura, kena faham bab itu. Puak ini tak peduli pasal Mastura dan kesedihan beliau pun, hanya nak ambil kesempatan untuk burukkan Najib dan UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana