Keluar BN - MCA boleh pergi melingkop, ayam tak patuk, itek pun tak sudu !!!

Sekali lagi MCA mengugut akan keluar Barisan Nasional sekiranya UMNO menyokong PAS laksanakan hudud di Kelantan? Ini sebenarnya satu berita yang dah basi. Mereka seolah-olah gagal mengukur baju di badan sendiri. Dalam PRU13 yang lepas prestasi MCA amat teruk sekali. Kegagalan mereka dalam menyumbang dengan baik dalam pembentukan kerajaan Barisan Nasional sebenarnya telah meletakkan MCA sebagai parti yang tidak lagi relevan.

Melalui analisis terhadap PRU13 yang lepas kita boleh membuat kesimpulan bahawa bangsa Cina di dalam MCA telah berpaling tadah menyokong DAP demi semangat rasis melampau Cina. Oleh itu sebenar MCA tidak berhak untuk mengkritik tindakan UMNO menyokong Hudud Islam bukannya Hudud PAS.

Ini merupakan sumbangan UMNO terhadap Islam sebagai agama rasmi negara. MCA tidak boleh menolak hudud Islam dengan membabi buta kerana ianya merupakan undang-undang dari Allah dan merupakan yang terbaik. Tidak mungkin ada undang-undang buatan manusia yang lebih baik daripada undang-undang Allah s.w.t.

Hakikatnya penolakan Hudud oleh DAP dan MCA di Kelantan berkemungkinan kerana bimbang Pas dan Umno bergabung. Ini akan menyebabkan kedudukan Islam dan Melayu lebih kukuh di negara ini. Sekiranya ini benar-benar berlaku maka ianya akan menjadi mimpi ngeri DAP dan MCA sekali lagi. Dengan itu impian DAP dan MCA untuk memastikan kuasa pemerintahan beralih kepada bangsa Cina akan gagal.

Perpaduan antara UMNO dan PAS akan menjadikan Melayu sebagai majoriti yang kuat. Hakikatnya UMNO dan PAS merupakan parti Melayu Islam. Desas desus kecaman dari MCA dan Gerakan kepada Umno sekiranya mereka menyokong pelaksanaan hudud telah mula kedengaran. Kononnya MCA akan keluar BN jika UMNO sokong hudud. Ini merupakan suara yang sama dari DAP yang tidak mahu sokongan Umno kepada Pas mengenai hudud. Mereka sedar isu ini memang akan menyatukan parti Melayu.

Walaupun UMNO dan PAS tidak bersatu dalam satu parti politik namun gabungan dari segi ideologi agama dan isu Melayu seperti penggunaan Bahasa Melayu, agama Islam termasuk hudud dan kepentingan Raja-Raja Melayu bakal menakutkan parti Cina yang sememangnya rasis. Mereka cuba membuang identiti bahawa Islam agama rasmi negara, ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu bahasa rasmi negara.

Tambahan pula pemahaman DAP dan MCA terhadap perundangan Hudud Islam amat lemah sehingga menyebabkan mereka menolak hudud tanpa berfikir panjang pun. Selain dari itu juga orang Melayu Islam yang gagal memahami sepenuhnya hudud Islam juga antara punca utama kegagalan mereka menerangkan kepada bangsa Cina kesempurnaan Hudud Allah. Sebenarnya kita tahu bahawa hudud PAS sendiri tidak menepati hudud Allah yang maha sempurna.

Perlaksanaan Hudud Allah ini merupakan cabaran untuk umat Islam di negara kita untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Mungkin dalam pencarian ini maka perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu dapat dipulihkan. Dengan itu keamanan negara yang selama ini kita pertahankan dapat dipulihkan. Disamping itu kita dapat “membunuh” musuh Islam dan musuh Melayu pada masa yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana