Jika Tidak Benar, Kenapa Cepat Panas Telinga?

Hari ini, selain dari RUU yang dibentang Presiden PAS yang telah diluluskan, kecoh juga diperkatakan tentang pendedahan seorang pengaturcara komputer yang mendakwa dia diupah pihak tertentu bagi urusan ‘penjualan’ tandatangan palsu untuk ‘Deklarasi Mahathir-Kit Siang’.

Pengaturcara komputer itu yang dikenali sebagai Azharuddin telah membuat Akuan Bersumpah (SD) sama sebagaimana yang dilakukan mendiang PI Bala. Bezanya, selepas membuat pendedahan dalam satu sidang akhbar, mendiang PI Bala ‘hilang’, manakala Azharuddin tidak.

Akuan Bersumpah sebenarnya bukanlah satu permainan. Sekiranya SD yang dilakukan itu didapati tidak benar, maka pihak yang melakukan SD berkenaan boleh dijatuhkan hukuman dari sudut perundangan. Hukumannya pasti lebih berat berbanding membuat laporan palsu kepada polis.

Sejurus selepas pendedahan Azharuddin itu, pihak yang dituduh sebagai menipu tersebut dikatakan ‘berang’. Penulis tidak pasti sama ada pihak itu benar-benar ‘berang’, atau sebenarnya sengaja ‘pura-pura berang’. Mungkin pihak tersebut ‘panik’ seketika dan pening mencari idea untuk membuat reaksi balas.

Sementara itu, beberapa penyokong tegar deklarasi itu juga seperti kekeringan idea untuk menuduh SD dan pendedahan Azharuddin itu sebagai ‘fitnah’ yang sengaja dirancang. Sedangkan, penulis yakin mereka sendiri tidak tahu apa yang berlaku.

Penulis percaya mereka tidak kenal Azharuddin dan pihak yang menipu lelaki itu. Jika kenal wanita berbadan besar yang dikatakan menipu Azharuddin itupun, mungkin hanya di media sosial sahaja. Apatah lagi untuk mengetahui konflik yang berlaku antara dua pihak tersebut.

Pada pandangan penulis, para penyokong deklarasi tidak perlulah ikut panik dan terlalu mudah melatah. Apatah lagi ia membabitkan sesuatu yang mereka akan persembahkan kepada Yang DiPertuan Agong. Jika ia benar tulen, mengapa cepat ‘panas’?

Justeru itu, penulis mencadangkan supaya pihak berkuasa memastikan supaya Azharuddin ‘tidak hilang’ seperti PI Bala. Semua dokumen, peralatan berkaitan, sms, aplikasi dan apa saja yang membabitkan urusan antara pengaturcara komputer dan ‘penipu’ itu perlu disiasat dengan teliti.

Kes seperti ini perlu disiasat dengan teliti kerana ia membabitkan sesuatu yang akan dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong. Ia perlulah tulen. Jika ia palsu, maka ia adalah satu penghinaan kepada baginda.

Jadi kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan, tidak perlulah seperti berlakon ‘cacing kepanasan’. Tidak perlu ‘main wayang’ tentang sesuatu yang belum lagi disiasat secara mendalam dan diselesaikan.

Jika Azharuddin didapati bersalah menipu berhubung SD dan pendedahannya, maka dia wajar dikenakan hukuman sewajarnya.

Namun sekiranya SD dan pendedahan Azharuddin itu dibuktikan benar dengan bukti-bukti kukuh oleh pihak berkuasa nanti, maka janganlah pula penyokong deklarasi yang ‘tuli’ itu meroyan macam orang nyanyuk. Biar ‘dia’ seorang nyanyuk sudahlah.

Penulis yakin, kebenaran itu pasti ada. Allah itu sentiasa berada bersama dengan mereka yang benar. Jika tidak, takkan mungkin Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus menjadi Perdana Menteri hingga kini. Beliau dihujani dengan pelbagai tohmahan dan fitnah, namun Allah sentiasa bersamanya mengemudi negara…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana