Insyallah Rakyat Kawasannya Lebih Tahu......Mastura Tidak Perlu Hadir Penamaan Calon Jika Dalam Edah - Annuar Musa

KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid, yang dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, tidak perlu menghadiri penamaan calon pada 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selepas kematian suaminya.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengkehendaki calon berbuat demikian sebaliknya menetapkan pencadang dan penyokong untuk hadir pada penamaan calon.

"Orang yang mencadang dan menyokong perlu hadir, calon tidak perlu hadir. Oleh itu, Datin Mastura tidak perlu hadir," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Kuala Kangsar di sini, Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Mastura, 55, menerusi satu tayangan video bahawa  beliau tidak dapat menyertai kempen bermula 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan Islam apabila kematian suami.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura, yang juga balu Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Ditanya sama ada Mastura akan diwakilkan oleh anaknya, Annuar berkata: "Dalam peraturan pilihan raya, calon dibenar untuk melantik wakilnya.

"Datin Mastura ada wakil-wakil calonnya, jadi tidak semestinya anaknya atau mungkin sesiapa sahaja," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Wan Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana