Husam hantar surat kepada Presiden PAS mohon batal pemecatannya

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa Khamis menghantar surat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon membatalkan pemecatannya sebagai anggota parti itu.

Husam, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, menerima surat pemecatan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok pada Selasa lepas (24 Mei).

"Pemecatan itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti dan tidak mengikut lunas-lunas keadilan Islam," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Husam berkata tindakan terhadapnya itu dipercayai dibuat atas alasan beliau menjadi saksi perbicaraan dalam kes membabitkan sebuah syarikat yang menentang kerajaan negeri dan dilabel sebagai cuba mensabotaj kerajaan Kelantan.

Beliau berharap surat yang dihantar kepada presiden PAS itu dapat dipertimbangkan sebelum Muktamar Tahunan PAS ke-62 selama tiga hari bermula 1 Jun ini di Kota Baharu.

Katanya, jika pemecatan itu ditarik balik, beliau akan hadir ke muktamar berkenaan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian.

Husam berkata beliau yakin peluangnya untuk kembali ke dalam PAS adalah cerah dan akan terus melakukan kritikan sekiranya melihat ada perkara yang tidak kena dalam sistem pentadbiran kerajaan Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana