DEKLARASI RAKYAT : Senjata Tun Makan Tuan?

DALAM mana-mana sistem tatanegara (dikenal juga sebagai politik, iaitu pentadbiran negara berasaskan Perlembagaan), deklarasi atau perisytiharan, terutama perisytiharan kemerdekaan sentiasa dilihat sebagai penerang nyata yang bersifat keramat bagi kemerdekaan dan kebebasan sesebuah bangsa dan negara.

Perisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat misalnya, yang disediakan derafnya dalam masa seminggu oleh seorang peguam dari Virginia, Thomas Jefferson, mengubah senario dan landskap politik negara itu secara drastik. Daripada enam bahagian utama perisytiharan itu, dua bahagian pertama menjelaskan betapa perisytiharan itu adalah langkah kritikal yang akan mengubah sistem politik negara berkenaan dan menegaskan betapa rakyat sebenarnya ada hak untuk menukar kerajaan sebaik sahaja sesebuah kerajaan itu mempersetankan hak rakyat.

Menurut Bahagian Kedua Perisytiharan Kemerdekaan itu, usaha untuk menukar kerajaan adalah perbuatan yang sangat serius. Bagaimanapun, dengan mempertimbangkan keadaan apabila rakyat dikatakan didera secara berpanjangan, adalah menjadi tanggungjawab mereka (rakyat) untuk menggulingkan kerajaan dan menggantikannya dengan yang baharu.

Dalam senario berlainan, suasana politik Malaysia memperlihat senario yang juga dikaitkan dengan 'deklarasi' atau perisytiharan. Bezanya, deklarasi ini bukannya untuk perjuangan untuk kemerdekaan negara, sebaliknya usaha menukar seorang Perdana Menteri.

Dari segi semangat dan kefalsafahan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyamai Jefferson. Tatkala orang lain sibuk dengan teka-teki dan jangkaan pelbagai kemungkinan yang menimpa masa depan kerjaya politik masing-masing ekoran kemelut yang membahangi kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri, Mahathir mengerah kebijaksanaan politiknya secara bersendirian.

Deklarasi Rakyat yang lebih bersifat pungutan suara untuk menyokong - diterjemah oleh Dr Mahathir sebagai simbol perjuangan rakyat dalam mengungkap 'hak rakyat untuk menukar kerajaan' dalam konteks kepercayaan yang ditanggap sebagai kurang-lebih menyamai deklarasi kemerdekaan Amerika zaman Jefferson.

Lonjakan psikologi rakyat kemudian dipanjangkan cetusannya oleh Dr Mahathir terutama melalui kefalsafahan Wawasan 2020 yang sukar digugat seteru politik beliau. Kelebihan Dr Mahathir yang membekas dalam jiwa kebanyakan rakyat sambil pada masa sama menyukarkan pemimpin politik, terutama pembangkang, untuk melenyapkan pengaruh Dr Mahathir semudah itu.

Senjata terakhir Mahathir

Deklarasi Rakyat adalah usaha ekstrem Mahathir dalam meneruskan serangan politiknya terhadap Najib. Kuasa rakyat diungkap dan dijulang sebagai 'senjata terakhir' yang diharapkan berupaya menumbangkan Najib, kalaupun bukan kerajaan. Jika berjaya mencapai tujuannya, Deklarasi Rakyat bukan sahaja mampu menurunkan Najib daripada tampuk kepemimpinan tertinggi negara, malah mengubah senario politik tanah air secara berimpak tinggi dan drastik.

Tanda jelas mengenai kekalutan yang dicetuskan Deklarasi Rakyat tidak berupaya untuk terus disembunyikan lagi khususnya dalam kalangan pelaku politik tanah air, lebih-lebih lagi politik kepartian.

Apa yang menarik, Deklarasi Rakyat dilihat memberi kelebihan hampir kepada semua orang. Tinggalkan sementara mengenai 'senyuman' DAP yang melihat deklarasi itu sebagai bonus kepada pembangkang yang menganggap Barisan Nasional (BN) tidak lagi berupaya memainkan isu perkauman atau mengungkap soal 'Ketuanan Melayu' lantaran mereka yang menyokong deklarasi itu terdiri daripada 'perpaduan pelbagai musuh'.

PAS yang kini dilihat bersendirian, tidak menolak secara total Deklarasi Rakyat. Senario yang lebih sensasi pula dilihat tercetus baru-baru ini ekoran 'ribut' yang melanda PKR, sekali gus menggugat tumpuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor berikutan isu rasuah seks yang membabitkan peranan Rafizi Ramli.

Diracuni isu 'warkah dari penjara' yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin berdepan dengan sabotaj politik terutamanya yang membabitkan Rafizi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Kepemimpinan Azmin dilihat sebagai bayangan hitam oleh Rafizi dan Dr Wan Azizah. Dalam situasi Rafizi yang dihimpit - sama ada secara sedar atau tidak ekoran pendedahan rasuah seks baru-baru ini - segala-galanya semakin menjadikan Azmin sasaran terbuka, kali ini bukan lagi oleh Dr Mahathir, malah mendedahkan siapa-siapa yang boleh manjadi apa-apa dalam politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana