Calon tempatan punya kelebihan berbanding 'import' - Penganalisis


SHAH ALAM: Calon tempatan lebih memahami dan mengetahui selok-belok pengundi jika dibandingkan dengan calon yang dibawa dari luar, demikian menurut penganalisis politik Syed Agil Syed Alsagoff.

Justeru tindakan PAS yang mengetengahkan calon luar pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang meletakkan anak tempatan kawasan itu.

Malah Syed Agil turut mengingatkan PAS, calon tempatan yang dikemukakan parti itu pada pilihan raya umum lalu berjaya mengurangkan majoriti BN kepada 399 undi sahaja.

"Sebolehnya pengundi mahukan orang tempatan untuk menerajui kawasan mereka dan ia memberikan kelebihan kepada orang tempatan untuk mengundi calon mereka.

"Bagi saya kita kena letak orang tempatan sebab kita nampak bakat orang tempatan itu lebih terserlah dan dia lebih tahu tentang hasrat dan citarasa penduduk tempatan," katanya kepada Antarapos.

Semalam Hadi dilaporkan berkata tiada masalah untuk parti itu meletakkan calon bukan anak tempatan memandangkan pemimpin parti lain juga pernah bertindak sedemikian.

PAS meletakkan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman sebagai calon PRK Sungai Besar pada 18 Jun depan.

Manakala BN mecalonkan ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi seorang anak tempatan Sungai Besar bagi merebut kerusi penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang terkorban dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Dalam pada itu, Syed Agil berkata calon tempatan akan lebih memahami kehendak dan hasrat pengundi tempatan berbanding calon luar.

"Kalau calon luar dikatakan tidak memahami tentang budaya penduduk tempatan dan apa yang mereka kehendaki sudah pasti akan mengecewakan pengundi jadi pada pandangan saya mana-mana calon tidak kira mereka anak tempatan atau tidak haruslah mampu untuk merialisasikan janji kepada pengundi tempatan.

"Mereka harus belajar untuk memenuhi hasrat pengundi tempatan," katanya.

Sekiranya calon yang dipilih itu bukan anak tempatan, jelas Syed Agil ia akan menimbulkan masalah kepada pentadbiran kawasan berkenaan kerana wakil rakyat yang dipilih itu tiada pengetahuan mengenai kawasan yang dipimpinnya kelak.

Beliau mengambil contoh DUN Kajang dibawah jagaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berdepan dengan masalah banjir kilat yang masih gagal diselesaikan sehingga kini.

"Kita ada banyak kes dimana contohnya (Datuk Seri) Wan Azizah dia bukan orang tempatan Kajang tapi menang pada pilihanraya tersebut kerana kredibiliti suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jadi soalnya adakah Wan Azizah mampu untuk merialisasikan janji kepada penduduk Kajang? Sampai sekarang saya tengok banyak inisiatif yang tertunggak kerana dia bukan calon tempatan kerana kurang hayati aspirasi dan budaya penduduk tempatan," katanya lagi.

Parlimen Sungai Besar memiliki 67.18 peratus pengundi Melayu, 31 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dikalangan lain-lain kaum.

PRK Sungai Besar bakal dijalankan serentak dengan PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini sementara tarikh penamaan calon pula diadakan pada 5 Jun depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana