Buat Kelam Kabut MCA ni...Presiden MCA diasak wartawan…kenapa perlu panik pada usul Hadi

Sebaik Dewan Rakyat petang Khamis lalu luluskan usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawah oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang untuk dibentang dan dibahaskan pada sesi akan datang, pelbagai reaksi timbul. Ada yang okay dan ada yang gelabah. Peliknya yang bukan Islam nampaknya lebih gabra dalam hal ini.

MCA tidak terkecuali. Pada Sabtu presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai keluarkan kenyataan menentang usul itu dan ugut akan letak jawatan dalam kabinet sekiranya ia diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pada Ahad, timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula keluar kenyataan menyokong bosnya dan akan mengikut langkahnya meletakkan jawatan.

Ekoran hu ha mengenai bantahan sesetengah komponen BN mengenai usul itu Liow diasak wartawan dengan soalan-soalan berhubung pendiriannya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat KOJADI di ibupejabat MCA di Kuala Lumpur.

Ditanya apakah kenyataannya kelmarin menggambarkan dia tidak setuju dengan penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Liow nampaknya masih tak puashati.

"Apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bahawa RUU ini bukan bil hudud, tetapi ada Yes dan No kerana RUU yang dibentang oleh Hadi Awang mempunyai skop yang luas di mana ia meliputi semua kecuali hukuman mati.

"Bagi saya dan MCA, tak kiralah guna istilah syariah, ia tetap merangkumi hudud, potong tangan dan lain-lain. Akta 355 adalah jelas di mana sistem perundangan negara kita perlu gunakan semangat perlembagaan. Jika diluluskan negara kita akan mempunyai dua sistem perundangan yang bercampur aduk," katanya.

Liow juga mendakwa RUU itu melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan. Liow seterusnya menggunakan modal artikel 8 yang menyatakan semua rakyat Malaysia harus patuh pada satu sistem, iaitu kesamarataan di segi undang-undang.

Apabila ditanya mengapa MCA perlu panik kerana BN hanya setuju RUU itu dibentang dan dibahaskan dan ia belum tentu diluluskan, Liow menafikan dia panik.

"Kita bukan panik. Kami tak panik. Kami serius dalam hal ini. Oleh itu kita nak jelaskan kepada rakyat bahawa kita akan cuba sedaya upaya mempastikan bil ini tak boleh diluluskan.

"Kita hendak sokongan parti-parti komponen supaya bersatu menghalang bil ini daripada diluluskan kerana ia bercanggah dengan semangat perlembagaan negara kita. Itu yang nak saya jelaskan dengan baik," jawabnya.

Liow juga menafikan dia menentang penjelasan Perdana Menteri.

"Kita bukan menentang Perdana Menteri. Bukan kita kata apa yang Perdana Menteri cakap tak betul. Daripada pandangan beliau, ini bukan undang-undang hudud.

"Tetapi pada pandangan kita apa yang dibentang oleh Hadi mempunyai kuasa yang begitu besar, merangkumi semua. Dari pandangan kita, ia akan menjejaskan semangat perlembagaan negara kita," jelasnya.

Apabila wartawan bertanya mengapa MCA perlu panik sedangkan RUU itu tidak melibatkan orang bukan Islam, Liow sekali lagi mengulangi kononnya ia telah melanggar semangat perlembagaan negara, dan akan menjejaskan semua rakyat, termasuk bukan Islam.

Liow berkata dia akan menemui Perdana Menteri dalam masa terdekat mengenai isu berkenaan.

"Saya akan jumpa Perdana Menteri dan akan menyampaikan suara hati komuniti Cina dan ahli-ahli MCA supaya beliau faham perasaan kami. Saya pasti Perdana Menteri juga nak lihat dan dengar pandangan parti-parti komponen lain," katanya.

Ditanya bukankah semasa pembentangan RUU itu nanti MCA berpeluang membantah dan menolak dalam perbahasan dan undian, Liow berkata MCA akan memastikan parti-parti komponen BN yang lain menolaknya.

Ditanya apakah langkah MCA kalau RUU itu diluluskan, Liow mengulangi pendiriannya.

"Saya sudah tegaskan kita tak akan sokong. Kita akan pastikan semangat konsensus BN dipertahankan, iaitu dalam apa-apa pindaan akta, kita kena dapat konsensus semua parti komponen."

Ditanya sama ada dia tidak bimbang pendiriannya nanti akan menjejaskan peluang BN dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar, Liow berkata dia yakin sebaliknya akan berlaku di mana MCA berpeluang lebih cerah menarik pengundi-pengundi Cina.

"Komuniti Cina jelas akan menentang hukum hudud. Apabila mereka melihat saya mempunyai pendirian yang tegas dalam isu ini,  kita akan dapat sokongan komuniti Cina kepada BN.

"Apa yang ujud hari ini ialah PAS dan DAP bersekongkol. Lihat saja dalam dua Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu di mana DAP meminta pengundi sokong PAS dan apabila PAS memerintah Kelantan, ia tidak menghiraukan perasaan komuniti Cina dan melaksanakan enakmen Hudud.

"Saya nak tanya DAP kenapa sekarang berdiam diri dan tak berani keluar kenyataan nyatakan pendiriannya dalam isu ini."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana