Azmin Tidak Hadir Mesyuarat, Calon PH Akan Diumum 1 Jun

 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak hadir mesyuarat Pakatan Harapan (PH yang diadakan hari ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail.

“Sebab Menteri Besar (Selangor) tidak ada, Setiausaha Agung (?) tidak ada..pergi mahkamah, Ketua Menteri (Pulau Pinang) tidak ada. Kita dapati ramai pemimpin utama kita tidak hadir.

“Patutnya, kita buat (keputusan) hari ini (sebab) kita berjumpa di Parlimen (tetapi) ada urusan yang lain,”kata Wan Azizah.

Walau bagaimanapun, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan dalam mesyuarat PH tadi keputusan calon PH untuk kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah dibuat dan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 1 Jun nanti.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah menetapkn akan umum calon PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar selewat-lewatnya pada 1 Jun,” kata Saifuddin dalam Twitternya.

Perkara sama turut ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Menurutnya, ketidakhadiran Azmin tidak menjejaskan perjalanan mesyuarat PH kerana setiap parti masih diwakili oleh pimpinan utama.

Khalid berkata dalam mesyuarat itu, PAN telah menawarkan diri untuk bertanding di kedua-dua PRK itu.

“Dalam mesyuarat hari ini, pihak Amanah telah mengemukakan cadangannya untuk Amanah bertanding di kedua-dua kerusi iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Insya Allah pada 1 Jun, paling lewat, akan diumumkan calon-calon yang akan bertanding,”kata Khalid.

Ketika ditanya parti manakah yang bersetuju dengan pencalonan dari parti PAN, Khalid menjawab berdasarkan senerio semasa beliau yakin calon PAN bakal dipilih.

“Kita dah cadangkan pada dua-dua parti untuk pertimbangkan. Kita faham bahawa adanya komplikasi (masalah) khususnya bagi negeri Selangor, oleh kerana PKR dan PAS berada dalam kerajaan. Jadi mereka kena kaji dari sudut itu.

“Insya Allah berdasarkan perkiraan calon, cadangan Amanah akan diterima,”katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana