Ada Berani Kah MADEY.....Sign Palsu: Mahathir Berani Saman Tak Kalau Tipu?

DAKWAAN dibuat seorang lelaki semalam bahawa sebahagian besar dari 1.27 juta tandatangan Deklarasi Rakyat adalah palsu, sebenarnya bukan masalah UMNO dan penyokongnya pun.  Ada ke takde lelaki tu, kami memang tahu tipu, macam mana tipu tu sajalah soalnya – yang penting memang dari mula tahu tipu.

Kita percaya ia tipu berdasarkan pelbagai kenyataan dari kumpulan Mahathir sendiri mengenai jumlah penandatangan yang sebenarnya.

Mula-mula Kamarudin Jaafar (salah seorang Sekratariat) kata belum cukup sejuta, 2 hari lepas tu Mahathir kata dah 1 juta pulak dah serta bersedia nak dibawa jumpa Agung – ini yang kita bergantung nak mengatakan tandatangan itu tipu sebab macam mana dapat 500,000 lebih tandatangan dalam masa 2 hari, bukan pendedahan semalam.

Lagipun, Deklarasi tu (sekalipun dengan tandatangan asli) memang tidak boleh nak bawak ke mana sebab tidak wujud mana-mana peruntukkan undang-undang yang mengatakan Perdana Menteri boleh diganti dengan guna apa bentuk Deklarasi, didakwa pulak sekarang bahawa yang tandatangan itu palsu, apa yang UMNO nak bagi perhatian?

Reaksi penyokong UMNO setelah pendedahan semalam adalah reaksi biasa bila perkara-perkara yang tidak berpihak kepada Mahathir ditimbulkan, sekalipum perkara itu digerak oleh pemimpin pembangkang.  Ini bukan soal pemimpin pembangkang yang berkenaan tapi Mahathir sebab Mahathir yang nak UMNO hancur lebih dari pembangkang.

Sekarang ini beban bukan pada UMNO tapi pada Mahathir & Co untuk ambil tindakan undang-undang kepada yang berkenaan kalau dakwaan itu palsu – UMNO apa ada kena mengena dalam ini cerita?

Berani tak sesiapa yang dinamakan sebagai terlibat memalsukan tandatangan dalam pendedahan semalam mengambil tindakan undang-undang kepada yang membuat pendedahan, itu yang patut dipersoalkan.  Yang penyokong Mahathir pergi salahkan UMNO apa kehalnya pulak?

Anwar pun dah tak berapa nak sebut sebut UMNO lagi dah sekarang sebab dia tahu dah bukan UMNO tapi Mahathir yang nak hijack partinya dari dalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana