Tamak kuasa: Dalil politik DAP dan PKR berbahaya di Sarawak

Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak menyerlahkan bahawa ada perbalahan di antara DAP dan PKR; sekurang-kurangnya di antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Sehingga saat akhir sehari sebelum penamaan calon, PKR mengisyaratkan kepada DAP ia tetap mahu bertanding di Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah and Murum. Justeru PKR dilaporkan mahu membincangkan lagi isu itu.

DAP menolak dan menegaskan sebelum ini bahawa kata sepakat berhubung siapa patut bertanding di kelima-lima kerusi berkenaan telah dimuktamadkan dalam mesyuarat pimpinan nasional PKR dan DAP.

Malah Guan Eng mendedahkan mesyuarat yang menetapkan bahawa DAP akan bertanding di kelima-lima kerusi berkenaan itu dihadiri oleh Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun didesak oleh pimpinan PKR Sarawak yang diketuai Baru Bian, Azmin mendakwa bahawa rundingan masih belum muktamad dan perlu dibincangkan semula.

Ini agak membingungkan kerana presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum itu sudah mengumumkan bahawa rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti-parti komponen Pakatan Harapan sudah selesai.

DAP 'tolak ansur', PKR mungkir janji

Beberapa hari sebelum hari penamaan calon, DAP mengumumkan langkah 'tolak ansurnya' dengan mengisytiharkan bahawa ia bersedia mengizinkan PKR bertanding di Batu Kitang. Bagaimanapun PKR masih tidak berpuashati.

Azmin mengesahkan bahawa PKR akan meletakkan calonnya dalam pertandingan untuk lima kerusi berkenaan dan mengisyaratkan kepada Baru Bian mengeluarkan watikah pelantikan calon-calon PKR.

Sebagai tindak balas, DAP pun menurunkan enam calonnya (termasuk di Batu Kitang) untuk berhadapan calon-calon BN dan PKR pada hari penamaan calon.

Lim Guang Eng tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap tindak tanduk dan cakap berdolak dalik PKR kerana menganggap partinya sudah 'diperdayakan' oleh PKR yang tidak menepati janji.

“Ini bukan soal satu kerusi sahaja tetapi lima kerusi. Jika hanya satu kerusi kita boleh faham dan akan cuba untuk katakan ia suatu lepas pandang. Tetapi ini kes lima kerusi, bagaimana kita boleh lepas pandang?,” kata Guan Eng.

Bagaimanapun bak membuka pekung di dada, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kemudian memberitahu portal berita Malaysiakini bahawa beliau mendapat pengesahan Wan Azizah bahawa beliau tidak mengarahkan Baru Bian bertindak demikian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana