Tak boleh dipercayai nya....DAP bentang manifesto 10 janji

KUCHING: DAP membentangkan 10 janji kepada rakyat Sarawak dalam manifestonya yang bertemakan Berani Ubah, Perkongsian Kekayaan Demi Rakyat bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Antara janjinya ialah menawarkan perkhidmatan bas awam percuma di bandar utama seperti Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu selain menambah bilangan bas hingga tiga kali ganda.

Turut disenaraikan ialah janji untuk melaksanakan perkongsian sumber hutan yang adil, perkongsian tanah oleh semua, mencipta peluang pekerjaan dan memperbaiki liputan internet.

Selain itu DAP turut menjanjikan usaha menambah baik keselamatan, ketelusan dalam urus tadbir, perkhidmatan awam berbilang kaum, autonomi percukaian dan autonomi pendidikan.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mendakwa manifesto parti itu lebih jelas dan tertumpu berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya sebagai terlalu umum.

"Walaupun ada beberapa dasar populis diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini, beliau tidak melaksanakan penambahbaikan dan tidak melakukan perubahan dalam sistem," katanya ketika mengumumkan manifesto DAP, di sini, sebentar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana