Siapa yang persoalkan kedudukan Islam di Malaysia patut dikenakan Akta Hasutan: Ridhuan Tee

BANGI, Ahad – Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, mereka yang mempersoalkan kedudukan Islam di Malaysia perlu dikenakan Akta Hasutan.

Beliau berkata demikian sebagai ulasan lanjut terhadap pembentangan Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz pada majlis Muzakarah Ulama Fiqh Muwatanah yang diadakan semalam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Prof Shamrahayu dalam pembentangannya semalam berkata, apa-apa isu mengenai kedudukan agama Islam di negara ini tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

“Agama Islam yang dipaksikan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan adalah perkara pokok yang menjadi identiti negara,” katanya.

Ustaz Ridhuan sebagai menyokong kenyataan itu menegaskan bahawa undang-undang adalah tetap undang-undang.

“Islam mendapat tempat yang istimewa dalam Perlembagaan, rujuk perkara 3 hingga perkara 12 dan lain-lain. Kenapa perlu persoal kedudukan Islam?

“Islam tidak pernah menyusahkan agama lain. Hak orang bukan Islam sentiasa terjamin. Apa lagi yang orang bukan Islam mahu?,” katanya, kepada Ismaweb hari ini.

Beliau turut memberi contoh beberapa keadaan di Malaysia yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam tidak sepatutnya gusar dengan kedudukan Islam di negara ini.

“Misalnya walaupun Islam agama persekutuan, masjid, surau kita tak sampai pun 30,000 meskipun kita majoriti.

“Orang bukan Islam walaupun mereka minoriti, terdapat lebih 400,000 rumah ibadat. terlebih rumah ibadat dari keperluan penganut.

“Selain itu, yang dapat kita lihat, misalnya kes perebutan mayat saudara baharu. Banyak kes kita kalah. Mayat diberikan kepada orang bukan Islam sebab kita tak cukup dokumen.

“Kadang kala saya pelik, bila kes menyebelahi Islam kita bising. Tetapi banyak kes menyebelahi mereka, mereka senyap,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana