PAS Bimbang Amanah ‘Curi’ Undi

KUCHING: PAS mengakui pertembungan di lima kerusi dengan Parti Amanah Negara (Amanah) akan memberi kesan kepada jumlah undi yang bakal diterima pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei depan.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya bersifat realistik dalam membuat bacaan awal mengenai tahap penerimaan pengundi terhadap calon yang diberi tanggungjawab bertanding di sesuatu kawasan.

“Saya akui kehadiran Amanah di kerusi yang ditandingi PAS sedikit sebanyak akan beri kesan kepada sokongan rakyat.

“Walaupun kita menjangka berlaku pertambahan undi, tapi tidak mustahil sokongan yang diperolehi PAS sebelum ini akan ditarik Amanah.

“Namun hasil tinjauan sejak beberapa tahun sebelum ini, PAS akhirnya membuat keputusan bertanding di kawasan yang boleh memberi tentangan kepada lawan,” katanya ketika ditemui di sini.

Pilihan raya kali ini menyaksikan PAS akan bertembung dengan Amanah di lima kerusi majoriti Melayu dan Melanau iaitu Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Selain PAS dan Amanah, dua sekutu pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut berhadapan konflik pertindihan kerusi di enam kawasan iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Secara keseluruhannya PAS akan bertanding di 11 kerusi, manakala Amanah yang membentuk kerjasama pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR disahkan bertanding di 13 kerusi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai peluang PAS untuk menang di kerusi majoriti bukan Islam seperti Pujut, Takiyuddin berkata, calonnya yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee cukup terkenal di kalangan pengundi setempat.

“Ini adalah satu contoh yang menunjukkan bahawa PAS sudah mula diterima di kalangan orang bukan Islam. Mereka cukup terbuka menerima kehadiran wakil PAS ke kawasan mereka.

“Selain itu pengundi juga harus ingat bahawa PAS masuk bertanding di Sarawak bagi memberi alternatif kepada parti pemerintah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana