Padan Mukanya....Mahfuz Dapat "Surat Cinta" Daripada PAS Negeri!!!

Nak jadi hero ye? Ada can nak jadi waibi bebas kot? Semuanya gara-gara tindakan Mahfuz sendiri yang engkar pada keputusan PAS Pusat dan terlibat dalam satu gerakan yang konon-kononnya untuk selamatkan negara. Atau memang sengaja nak cari pasal kot sebab dah tahu sokongan akar umbi PAS kepadanya semakin merosot sejak kebelakangan ini.

PAS Kedah memberikan surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kerana pembabitan dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) di peringkat negeri.

“Surat berkenaan baharu sahaja dihantar dan kita beri tempoh seminggu untuk dijawab. Setakat semalam, Pas Kedah belum terima surat jawapan daripada kedua-duanya,” kata Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad memaklumkan bahawa surat berkenaan dihantar selepas tersebarnya poster program GSM yang akan berlangsung 1 Mei depan.

Badan Perhubungan PAS Kedah yang bermesyuarat baru-baru ini katanya, sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberikan penjelasan berhubung pembabitan mereka dalam GSM.

Tindakan itu katanya, dibuat berdasarkan surat pekeliling PAS Pusat yang menghalang ahli partinya terlibat secara langsung dalam aktiviti atau program AMANAH dan DAP.

“Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, PAS juga tidak benarkan ahlinya sertai Deklarasi Rakyat, namun tindakan Mahfuz dan Mohd Nasir secara terang-terangan beri komitmen kepada GSM, menyalahi prinsip parti,” katanya.

Poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan AMANAH, DAP dan Team B UMNO, jelas membuktikan pembabitan dua wakil rakyat PAS itu.

Menurut Mohd Nasir, beliau belum menerima surat itu namun berlapang dada untuk memberikan maklum balas.

“Saya tetap ahli PAS, walaupun saya sokong apa yang diperjuangkan dalam Deklarasi Rakyat yang digerakkan bawah GSM yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan.

“Sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat, saya berasakan perlu untuk kita gembleng kesepakatan ini sehingga pilihan raya supaya rakyat bersedia. Pembangkang dari pelbagai parti mahu lawan BN, itu yang dipersetujui,” katanya menambah bahawa tindakannya bersetuju dengan perjuangan GSM tidak menyebabkan dirinya terkeluar dari PAS kerana hanya bersetuju dengan agenda jatuhkan Najib.

Beliau sebaliknya mendakwa bahawa perjuangannya tetap bersama PAS namun menyokong GSM kerana tuntutan rakyat.

Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas perkara itu buat masa ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana