Merenung keluar jendela

Adakah wawasan 2020 satu "projek tersirat" Tun Mahathir menjadikan anaknya mukriz Perdana Menteri Malaysia?

Menjadikan 2020 sebagai KPI kepada setiap perdana menteri selepasnya, adalah asas yg cukup kuat bagi Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri selepasnya itu bagi menjayakan misi yang telah dirancang seterusnya menjadikan mukriz Perdana Menteri Malaysia.

Kebetulan demi kebetulan serta kronologi yang berlaku selepas perletakan jawatannya dari jawatan Perdana Menteri Malaysia menjadikan saya terfikir teori ini ada asasnya.
Menjatuhkan Najib bagi digantikan dengan Muhyiden pada tahun 2015- 2016 ini adalah fasa terakhir bagi mewujudkan "dinasti" mahathir dinegara ini.

Sebelum itu Pak Lah juga diturunkan tanpa alasan yang boleh diterima akal.
Jambatan Bengkok suatu isu tidak masuk akal yang sengaja dicipta oleh Tun Mahathir bagi menekan pentadbiran Pak Lah.
Apakah logiknya pembinaan jambatan Bengkok apabila kerajaan Johor dan kerajaan singapura sendiri menolak pembinaan itu?.

Membina jambatan bengkok dan meruntuhkan tambak Johor semestinya tidak akan mampu dibuat oleh Pak Lah kerana diatas jambatan tambak johor terbinanya kaluan kereta api Singapura -JB.

Bangaimanakah landasan keretapi akan dibina diatas jambatan bengkok seperti kehendak Tun Mahathir pada jarak yang cukup dekat pada selat yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan kerajaan singapura menolak kewujudan jambatan tersebut ?

Tuduhan pentadbiran Pak Lah diselubungi rasuah tanpa memberikan fakta bagaimana rasuah berlaku merupakan tambahan tekanan yang dibuat keatas Pak Lah selepas beliau keluar dari UMNO.
Satu senario yang sama dengan setuasi terkini apabila menuduh Najib menyelewengkan wang IMDB sebelum keluar dari UMNO dan mendesak Najib berhenti kerana kononnya sayangkan UMNO.
Itu jugalah yg dilakukan keatas Pak Lah sebelum ini.

BN pasti akan tewas sekiranya Pak Lah dan Najib tidak berbuat demikian pada PRU akan datang merupakan suatu dailog yang diulang berkali kali oleh tun Mahathir. Namun perkataan "Melayu Mudah Lupa" menjadikan beliau tidak gerun untuk melafazkannya berkali kali pada Perdana Menteri yang berbeza.

Tun Mahathir keluar dari UMNO
manakala Muhyiden dan Mukriz menambah tekanan dari dalam UMNO merupakan skrip yang serupa sewaktu usaha menjatuhkan Pak Lah sebelum ini..

Sekiranya usaha untuk menjatuhkan DS Najib berjaya .Muhyidden adalah penganti paling sesuai bagi tujuan menaikkan mukriz pada tahun 2020.
Selain dari faktor usia,
muhyiden juga tidak punya kekuatan politik selepas menjadi perancang utama dan menjatuhkan pak lah dan juga DS Najib. Kekuatan yang dimiliki Muhyiden cukup rapuh.

Sebelum ini pun muhyiden bukanlah individu menonjol yang punya keupayaan tinggi didalam politiknya dan dia tidak lebih sekadar menjadi "yes Man" kepada Tun mahathir.
Satu penyebab utama beliau terus kekal didalam politik sedangkan tiada "jasa" yang boleh dibangakan

Beliau menjadi sebahagian individu utama dalam setiap konspirasi menjatuhkan orang lain yang diatur mahathir...
Malah sikap "yes man" Muhyiden terhadap Mahathir terbukti apabila sebuah projek besar bestari.net dibawah kementerian Muhyiden diperolihi oleh YTl walau pun Telekom Malaysia dilihat lebih layak untuk memenangi tender tersebut.

Hakikatnya untuk menjatuhkan Muhyidden selepas ini perkara paling mudah dlm agenda politik Tun Mahathir bagi menaikkan anaknya Mukhriz.
Muhyiden akan berundur apabila Tun mahu dia berbuat begitu.
Kerana tunjang tempatnya bersandar dan berlunjur sudah tiada lagi.

ketika usaha menjatuhkan DS Najib dilihat cukup kuat dan begitu mudah pada awalnya apabila SR dan WSJ memainkan peranannya secara cukup berkesan.

Dengan takdir tuhan pada waktu ini usaha itu dilihat pasti akan gagal. Mukriz tiada kebolehan dan tewas setiap jwatan yang ingin direbutnya seperti ketua pemuda UMNO dan Naib Presiden UMNO . Malah beliau disingkirkan dengan cukup mudah dari jawatan MB yang disandangnya oleh UMNO Kedah. Betapa lemahnya Mukriz. Betapa tidak berkeupayaannya dia, antara punca kegagalan misi mahathir kali ini.

Saya cuba merenung kembali kebetulan demi kebetulan didalam politik negara dan kronologi politik selepas Mahathir.

Samada ia satu kebetulan atau suatu perancangan, rasanya tiada pehak yang dapat menafikannya dengan fakta yang kuat, kecualilah didorong oleh faktor sentimen, emosi dan ketaksuban yg wujud dalam diri setiap makhluk bergelar manusia.

Malah sewaktu ditanya siapakah penganti Najib paling sesuai. Tun Mahathir engan menjawabnya.
Setuasi berbeza ketika ditanya siapa penganti Pak Lah yg paling sesuai. Tun dengan yakin menjawab bahawa DS Najib Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana