MB Selangor “Masuk Air” Lagi

Entah, samada kebetulan, atau suratan, cara pentadbiran negeri Selangor seolah-olah mengambil jalan mudah iaitu menyalahkan pihak lain dalam kebanyakkan isu yang melanda.

Kalau tidak kerajaan Barisan Nasional yang dipersalahkan (walaupun kini sudah 2 penggal Pakatan memerintah), maka rakyat pula menjadi sasaran mereka.

Isu denggi contohnya, wujud pula suara-suara penyokong mereka yang menyalahkan cara hidup rakyat sebagai punca Selangor menjadi jaguh dalam isu ini, walhal apa yang rakyat mahukan ialah tindakan proaktif dan drastik dari kerajaan negeri untuk memerangi wabak itu. Paling tidak boleh penulis lupa, apabila Exco Kesihatan memberi alasan bahawa denggi adalah wabak serantau. Mudahnya bermadah helah? Kan?

Dalam isu air, begitulah juga. Masih penulis ingat, Azmin pernah menegur penggunaan air di surau dan masjid sekitar Selangor sebelum ini. Siapa yang ditegurnya? Pengguna, atau rakyat. Malas hendak bangkitkan, bahawa surau dan masjid juga perlu membayar bil air, bukannya percuma. Maka penulis pasti, sesiapa yang selalu ke surau memang tahu bahawa cukuplah sekadarnya untuk menyempurnakan wudhu’.

Azmin sekali lagi “masuk air”, apabila membuat kenyataan kesal dengan sikap rakyat Selangor yang menggunakan air bersih untuk membasuh kereta dan siram pokok.

Kita bercerita tentang negeri Selangor, maka ingin juga penulis bertanya kepada Azmin, apa alternatif yang ada kepada rakyat Selangor yang ingin membasuh kereta dan menyiram pokok bunga?

Takungan hujan? Jika empangan juga tidak mampu untuk bertahan dengan simpanan air akibat dari cuaca kemarau dan panas melampau seperti sekarang ini, bagaimana rakyat boleh mengisi takungan air jika hujan pun hampir berstatus “pupus” buat masa ini?

Berapa ramai pula yang mempunyai takungan hujan di rumah mereka? Berapa lama pula mampu air dalam takungan tersebut bertahan sementara menunggu hujan yang berikutnya?

Rakyat juga ingin tahu, bagaimana Menteri Besar menyiram pokok bunga dan membasuh kereta-keretanya ? Mungkin beliau sudah bina loji tadahan air di kediamannya, atau mengorek perigi. Siapa tahu, kan? Atau mungkin juga pemandunya sering mengangkut air di lombong atau sungai untuk kegunaan domestik seperti itu.

Agak-agak lah, air apa yang Azmin sedang guna seperti dalam gambar di atas?

Itulah watak kerajaan Selangor hari ini, yang asyik cuba menyalahkan orang lain akibat tidak mampu mengurustadbir negeri dan sumbernya dengan baik.

Jangan lupa selepas ini, agihkan tangki takungan hujan kepada seluruh rakyat negeri Selangor demi menyahut saranan menteri besarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana